huii..buntuti aq yer?

Pengantin muda kebanyakannya tak pandai masak!Tak pandai siang ikan!jadi? (Abd.Jalil Ali)


Assalamualaikum dan annyang hasanya-nye-nyho. 
Hohoho.. maaf lah,nak cakap korea tak pandai. ( Tangan ke bahu,mata ke atas,hidung kembang-kempis nyahh~ ).


Memandangkan sekarang ni saya suka sangat baca karya pakcik Abdul Jalil Ali,apa yang saya nak tulis ni pun ada lah kait-kait dengan penulisan beliau.Baru-baru ni,saya menelaah buku beliau yang bertajuk ; Cendol Pulut Santan Lebih. Sekejap,nak google gambar bukunya mahu kasi tunjuk sama lu orang  kasi gigil lu punya lutut. Hahaha..gengster tak? :p




menarik,kan?dapatkan  segera. lalala~




Nak dijadikan cerita,mukasurat 252 dalam buku ni pakcik Jalil ada menulis tentang 'Pengalaman pertama memasak untuk suami'.. auww~ dengar perkataan 'pertama' tiba-tiba jadi malu-malu kucing. hahaha.. pada mulanya pakcik Jalil menceritakan tentang anak Kak Senah yang menelefon emak nya bertanyakan resepi asam pedas ikan sembilang yang mana pada akhirnya, menantu lakinya tu terkena cirit-birit! dan anak Kak Senah membuat konklusi; "emak tersalah bagi perencah agaknya!"



hamboi,hamboi,hamboi..emak pula disalahkannya. rupanya,pecah lah temberang yang itu lah pengalaman pertama anak perempuan Kak Senah tu memasak. jadi,pakcik Jalil pun menitipkan kata-katanya; "Sebab itu belajarlah ilmu-ilmu dapur.Perlu tahu periuk mana sesuai untuk makan empat orang,periuk mana untuk makan sepuluh orang.Kena tahu macam mana nak menumbuk cili dalam lesung,"

Setuju sangat!

Pakcik Jalil menambah lagi; " anak gadis perlu belajar masak sendiri untuk keluarga dengan ibu jadi pemerhati.dari siang ikan,semua perlu lakukan tanpa bantuan ibu.setelah semuanya siap dihidangkan di atas meja makan,panggil seisi keluarga untuk makan bersama dan jadi juri 'profesional'! baru tahu dapat gred A,B,C atau mungkin E ! dapatkan juga resepi sambal tumis udang,sambal tumis telur hancur,sambal tumis bilis berpetai,masak lemak tempoyak dan lain-lain."



Maaflah pakcik Jalil,kalau bab siang ikan tu saya tak berapa setuju.Prinsip saya,siang ikan biarlah kerja suami.Dari saya zaman sekolah rendah,sekolah menengah,ipta,kolej, memang saya ni degil je kalau mak saya nak ajar siang ikan.saya cakap; "tak nak belajar!tak suka,tu kerja orang lelaki" bila mak saya jawab ; "bila pula lelaki yang kena siang ikan?dapat laki yang tak nak siang ikan tahu la,laki bini tak makan ikan!" hehehe.. tak kisah,my final decision,lelaki harus belajar siang ikan!semua lelaki okei.




tak kasihan ke kat kami orang perempuan buat kerja seorang diri kat dapur. suami goyang kaki depan tv,baca paper,berdengkur kroihh kroihh je?awal-awal dah membayangkan suasana sebuah keluarga!nampak tak betapa dari sekolah rendahnya saya dah berpandangan jauh ke hadapan?hehe.. suka hati lah kalau orang nak cakap saya ego. saya ada sebab saya sendiri. tu,dekat akhbar,dekat majalah,sana-sini cakap "mana lah lelaki tak cari bini lain?perempuan tak pandai jaga diri. tak jaga kecantikan untuk suami. bau bawang,bau ikan hanyir!"




ha,jadi senang cerita,hujung minggu suami sama-sama lah masuk dapur tolong isteri siang segala ikan yang di beli untuk stok seminggu. kan bahagia sama-sama masuk dapur.sambil isteri masak suami  tolong-tolong lah basuh segala perkakasan dapur. tengok lencun ke tak baju kamu tu dengan air?baru tak komplen bini bau hanyir,baju basah lencun. kan kalau sama-sama bau,sama-sama basah,sama-sama lah seterusnya masuk ke bilik air ye . :p lagi bahagia,betul tak pakcik Jalil? pakcik pernah tolong isteri pakcik siang ikan tak agaknya ?>.< mesti pernah kan,dah 30 tahun mendirikan rumah tangga bersama.



dan paling best,ayat penutup pakcik Jalil yang berbunyi ; "Selalu terapkan dalam hati bahawa masakan anda adalah pengikat suami.Semakin lazat masakan anda di meja makan,semakin erat pelukan suami di atas katil!"
huhuhu.. malu-malu kucing pula kita baca. ;p pakcik,saya dah pandai masak macam-macam. gulai ikan,sambal tumis udang,sambal ayam,sambal ketam halia,sambal ikan,ikan keli berlada,sayur campur,tomyam campur bla bla bla bla... pakcik kena rasa sambal ketam halia saya,terbaik menjilat jari. perghh.. tapi,feveret pakcik,kari kepala ikan bendi saya tak pernah belajar lah pulak. hehe.



amacam pakcik, agak-agak saya dah boleh kahwin tak?hihihi.. belum kut,semua orang tolong doakan jodoh saya dipermudahkan ye. kami sama-sama sedang kumpul duit. tapi susah nak mencari duit ni. maklumlah full time student. sedih. dua hari lepas dua dua kawan saya benikah. cemburu dan tumpang gembira. doakan saya pula menyusul okei? :)



bye,happi reading. sayang semua. Assalamualaikum.. mmuahh :*




hai Siti Zahara.


Assalamualaikum dan salam jumaat.

Post ni ditujukan untuk seorang kawan blogger yang bernama Siti Zahara.

Mungkin SZ pun akan terkejut kerana tiba-tiba je namanya naik.Hehe.

Sebenarnya begini,untuk pengetahuan saudari,dulu nama blog ni 'teh o ais limau' dan menggunakan link 'tari jariku di papan kekunci'. Sehinggalah satu hari saya buat post tentang 'kahwin' tu,saya dah tukar blog kepada yang sekarang; 'dan bini popeye menulis'. Hehe.. tujuannya,tak ready nak kawan blogger lain baca dan kira macam penjenamaan semula lah.

tak sangka saudari boleh jumpa blog ni dan memfollow saya,malah mengkomen lagi. hehe. malu rasanya. mekasih. saya pun dah follow blog saudari. (tak tahu nak panggil awak atau akak,sebab tengok macam sebaya,tapi rasanya dah married kan?hehe..) rasanya blog SZ banyak bercerita tentang aktiviti harian dia,make-up dan fesyen. so,boleh la follow beliau di http://sekuntumbungazara.blogspot.com. 


p/s : masih tak ready nak bagitahu kawan-kawan link blog ini. huhu. harap SZ selalu singgah di blog ini.

Gelagat kita yang buat roommate kita benci kita.


Assalamualaikum. Sape antara korang-korang ni yang pernah duduk asrama atau hostel, angkat ketiak cepat ! phewww.. bau tak hengat lahh.. haha.. okei,gurau je. :) "Gelagat Kita Yang Buat Romate Kita Benci Kita" ?? kenapa pulak?bukan selalu orang buat tajuk pasal romate-romate ni camni ke.. "Gelagat Romate Yang buat Kita Benci Dekat Dia" atau.. "Gelagat Romate Yang Buat Kita Rasa Menyampah Dekat Dia" ke.. kan??








Amboi.. sikit-sikit nak kondemm orang je.. nak salahkan orang je.. ape salahnye sekali sekala kita merendah diri jugak,walaupun memang dah rendah atau tak berapa nak rendah macam aku ni haa.. haha.. tak kan tulis blog nak tunjuk kan kebagusann sendiri je.. ye dakk? ape yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku dan pengalaman kawan-kawan aku jugak lah. okei,lets chekidout.. mane lah tahu terkena kat batang hidung kita sendiri,kan..





1. asal malam je nak bergelap.
udah malam namenye,bergelap lah tak kan nak tidur pun terang kemain. huhu.. bukan ye puan-puan dan tuan-tuan sekalian,maksudnya di sini pukul 8 malam je dah kena tutup lampu kat siling. alkisahnya,masuk je maghrib korang pun tutup suis lampu kat siling dan pasang lampu meja studi.. yang romate terpinga-pinga.. bila ditanya,korang jawab aku tak suka lampu terang-terang waktu belajar.aku suka belajar gelap-gelap.ada cahaya sikit je. sambil korang menjeling tajam. wakluuuuuu.. 2,3 hari boleh tahan lah jugak. kalau satu sem?tak pasal-pasal romate yang tak rabun tu jadi rabun macam kau jugak.





2.bawa member-member lepak dalam bilik lebih 4 jam.
ni kalau member satu course takpe jugak,kalau tak satu course?pun takpe jugak.. tapi berpada-pada laa.. ni romate duk studi korang layan dangdut lah,korea lah lepas tu gosip kemain kuat.. lepas tu buat-buat macam tak kenal je dengan romate. amboii,bangga sangat ke ramai kawan?kalau buat assignment or studi kira bagus la. tapi kalau setakat nak bersukaria je dan romate dah bagi hint nak tidur,siap baca doa,tarik selimut bagai boleh kau dengan kengkawan kau buat derkkk je? tak patut betul.. kalau dapat jenis letak kepala kat bantal terus tidur takpe,dapat yang pantang dengar bunyi je terjaga tu acaneeee?





3.pinjam duit,pinjam duit,pinjam duit tak pulang-pulang dan pinjam lagi. -..-
hoh,becakap pasal pinjam duit,aku pun pernah pinjam duit. tapi takdelah muka tembok arini pinjam 10,esok pinjam lagi 10. tak pulangkan lagi tapi kita pergi lagi pinjam kat romate 50. romate pun muka baik je.. mintak pinjam 100 pun bagi lagi. last-last jadi beribu. kaya lah kau. pulangkan 20 ringgit. esoknya pinjam lagi 200. yang ni tak tahu nak salahkan kita yang meminjam atau romate tu yang bebal sangat. baik sangat. kena pijak pun tak sedar. tapi  bagusla,banyak pahala dia dapat. mulut ternganga pun dapat jugak. tapi korang yang amik kesempatan tu kena ingat,kalau kita mati tak bayar hutang faham-fahamlah roh kita tergantung-gantung di langit nanti. huhu.. takuttttt..





setakat ni amacam?ada tak yang terkena dengan diri kita?renung-renungkan.. kalau takde bagus lah.. tapi lepas ni ada lagi beberapa gelagat yang aku nak updates.. mana tahu gelagat-gelagat yang aku akan kupaskan lepas ni pernah kita-kita buat tapi tak sedar dah menyusahkan romate kita.. huhu.. keep waiting oke dear..? :) enjoy reading.. assalamualaikum.. <3




fahrin,pengantin,perkahwinan,anak. ??



Assalamualaikum.. wuwuwu.. :'( selamat pengantin baru aku ucapkan buat FAHRIN AHMAD.. nampaknye tiada jodoh antara aku dengan dia. redho jela noks. -.-' dari kecik lagi aku minat dia berlakon. sekarang aku dihampakan. tidakkkkk....!!! *amik terung,hunus dada tanda frust. oke,stop. haha.. lagi beberapa hari je lagi tahun 2012 akan meninggalkan kita. dah namenye hujung tahun yang bersamaan cuti sekolah ni ape lagi program yang lazim orang kita buat kalau bukan meraikan pengantin baru,ye dak?sebut pasal perkahwinan,mesti ada suami,ada isteri. kahwin,ialah jambatan yang menghubungkan antara dua buah keluarga. jangan ingat kepentingan keluarga sendiri je,keluarga pasangan kau buat macam halimunan. hempuk sekali,nak?




InshaAllah..seterusnya bakal menimang cahaya mata. seorang,dua orang,dan mungkin berderet. menjadi penyeri dalam keluarga. anak itu rezeki kata orang. dibentuk,dilentur.. sebelum menjadi keras. sebab tu orang melayu kita ada pepatah "hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya" <------ ayat paling popular aku gunakan mase buat karangan BM.terbaikkkk.. hehe.. tapi,tak semua orang bernasib baik dikurniakan anak dengan segera. ada yang menunggu setahun,dua tahun,lima tahun,sepuluh tahun,lima belas tahun.. hanya Allah yang mengetahui sebab musababnya.. usaha,doa,tawakal,redha dan ikhlas,okei? :)




pfftttt~ apakah yang sedang aku cuba sampaikan ni?bagaikan seorang motivator,fadzIZZAH kamsah. atau don danIZZAH?atau mungkin ustazah IZZAHar idrus.. hehe..  dah lama tak menulis,mudah-mudahan masih ada yang setia ternantikan karya hasil jari-jemari aku menari-nari cantek duk adaaa kat keyboard ni. :) harap-harap lepas ni makin banyak aku menaip. InsyaAllah.. :) buat kepuasan diri sendiri,dan juga tatapan para pembaca. acewaaahhhh.. macam ado je?non hado betul lahh.. haha.. :D




hah,alang-alang aku cakap pasal perkahwinan ni,baik aku selitkan sekali gambar abang saudara aku yang baru bernikah pada 8 hb haritu. orangnya hitam manis macam buah manggis. haha.. muhd noor firdaus nama nya. umur 25 tahun. sejak kewujudan aku di dunia ni,boleh dibilang dengan jari berapa kali aku pernah berjumpa dengan dia. ada lah 5,6 kali. orangnya baik. baik dari luar dan InsyaAllah baik juga dari dalam. :) isteri abang daus ni pun cantik,manis,sejuk mata memandang. bagai pinang di belah dua pasangan pengantin ni. mudah-mudahan kekal hingga ke syurga. aminn~






abg daus : aumm.. pandai isteri abg mamam.
isteri : hihi.. malunye..
abg daus : abg pun malu-malu juga ni. sampai tertutup mata abg. hihi.



hahahaha... aku sendiri jadi malu-malu kuceng reka ayat gambar nih. amboi,verangan mat jenin lah tu. hihihi.. >.< takpe,angan-angan tu pun sebahagian dari cita-cita juga kan. langkah awal untuk berusaha. haha. usaha ape kamuuuuuu ni? usaha tangga kejayaan.. gigih nauuuuu :D okei,ckuplah sampai ni dulu. jumpa lagi. Assalamualaikum. <3


#usaha,doa,tawakal,redhadanikhlas#



akibat tinggikan suara, pada bonda. T__T



Assalamualaikum. Hari ni hari selasa dan aku masih berada di rumah sedangkan kawan-kawan aku dah mengADAkan diri diorang dalam kuliah. hehehe..jangan marah,aku cuti bersebab tau. nak tahu sebab apa?jom baca kesahnya..




al kesah~ 2,3 hari ni aku dalam keadaan stress je memanjang. nak dijadikan cerita ahad malam selepas solat isya'aku masuk lah bilik nak cari kain lebih untuk tutup bodi kereta mak aku. mak aku pon kebetulan dalam bilik tengah guna laptop ade la tanya somting kan dimana aku telah menjawab dengan tegas/kasar.aku ni memang garang,tapi tak patutlah aku wat kat mak aku camtu kan. yeapp,dan ofkos lah my mom terasa kat anak dia ni. huhu~ T___T.




maka,tak sampai satu jam lepas tu,tiba-tiba tekak aku berasa sakit. perit. waktu tidur pulak asyik terjaga je. sebab masa telan air liur,bukan tekak je perit,telinga dan kepala aku pun turut sakit. terutamanya telinga sebelah kanan. SUMPAH,aku tak bohong. memang sangat sakit. dan pagi pun aku berasa nak demam. tengok cermin,tekak merah. akhirnya ke hospital lah aku. kat hospital ada kesah lain pulak. biarkan. yang penting aku disahkan kena tonsil. amboii..macam teruk sangat bunyinya. T_T pung pang pung pang.. hehe




maka,setelah balik dari hospital,aku pun menidurkan diri dengan susah payahnya sambil berendam air mata. sakit wo~ dengan demamnya lagi.badan sejuk,kepala panas. tekak macam berapi! makan bubur dengan memaksakan diri. kalau tak,tak dapat nak makan ubat. lepas makan ubat,tidur lagi. bangun,rasa lega sikit. Alhamdulillah.. dan kini,walau belum sembuh sepenuhnya,walau masih merah lagi tekaknya,aku bersyukur padaMu Tuhan.. :') kalau tidak aku diberi penyakit ini,pasti aku akan terus melakukan kesilapan yang sama. Ampuni hambaMu ini,ampuni anakmu ini,mak.. love u mak.. pasni akak tak buat lagi yer. hehe.. <3 u..




sesungguhnya,setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan bagi orang yang berfikir.. maka,sebagai orang Islam sentiasalah kita beringat,berfikiran positif dan berbaik sangka kerana setiap yang berlaku telah dijanjikan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. thankz Allah,love u n miss u so much. :') please take good care of my mom. :) <3 <3 <3 ingat taw kekawan,jangan tinggikan suara pada orang tua. ;)



thankz readest. May Allah bless us too. <3 
assalamualaikum.

#setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan# 


pencari designer blog.



Assalamualaikum.
Hai,selamat pagi..

Yup,aku ingin mencari seseorang yang boleh menolong aku untuk membuat blog baharu,dengan bayaran/upah tertentu yang dimahukan dan dipersetujui bersama.

tujuan blog baharu tu ialah untuk membuka blogshop online.err..sebenarnya boleh je buat sendiri,tapi malas nak mengadap laptop lama-lama.

Jadi,sesiapa yang berminat untuk mengasah bakat atau mencari duit sampingan atau nak topup free ke,atau niat ikhlas ke..ngeee~ haha,boleh lah reply aku eh..

aku bercadang untuk membayar orang yang sudi designer blog baru untuk aku tu dalam rm30. sekiranya mahu lebih atau kurang adalah tertakluk pada perbincangan bersama. chewaahh.. :)

sekian,terimakasih.



Assalamualaikum. Oh,sekejap je cuti ni sampai ke penghujungnya. esok dah kena balik ke asrama yang terCINTA sangat tu. rindu pada kawan-kawan.but thiz sem pasti tak sama. Si dia dah meneruskan semester baru di rembau pulak. ouh,pasti tak sama,pasti tak sama. kalau dulu ke mana-mana je boleh ajak dia teman,terutamanya time urgent. oh oh dan oh. lagi-lagi dah nak puasa ni then raya. kenapa lah course dia tak dua semester di sini? ohhh..tuan pengarah,pliss panggil semua student di rembau tu balik semula ke sungai buloh. plisss~ haha,okei aku dah stat meroyan.



then monday,come to class as usual n lepaking. of corse! cott cett cott cett with friends. and also,new intake students will come register on this monday n hello junior,i'll raging you on thursday. this is special welcome  for ppkp junior. hehehehe (gelak jahat).



dan dengarnye,junior pka akan di-orientasi oleh JPP PKA dari rembau. its really true? if yess,thats mean the five JPP will come from rembau to sg.buloh n thats mean i can meet him -mr.R- cause he is JPP for PKA. :)
syukur.. both of we is jpp. JPP lah sangat. aiiii~ hope he still hold JPP title for this sem. mudah-mudahan. kalau dia ada kat sini this sem kan best boleh buka puasa n terawikh sama-sama. <3 tak ape,its oke. ini yang terbaik. :) thanks guys for reading. love yar.



*jpp is jawatankuasa perwakilan pelatih.



#PKA dan PPKP adalah di bawah lembayung yang sama. peace keyh?smile#