huii..buntuti aq yer?

blogger malas menulis?

okei,hari dah malam. dah tiga hari cuti. tapi tak sempat nak updates entri. sampai je rumah,esoknya terus balik kampung. hari ni dah isnin. esok selasa. sempat ke aku nak sediakan kelengkapan balik kolej? ahhh... kusut.. menaip pun macam takde feel. rabu lak akan menyusul. petangnya balik ke asrama. kelas dua hari khamis,jumaat then cuti dua hari lagi. trenggggg~ trengggg~ tibe tibe lak tesenyum sorang sorang. apekehal? heheh.. seronoknye cuti lagi.  :) boleh lepak lepak atas katil. atau berjotting. :D hihik





takde ape pun isu yang baru yang ingin ditulis. mungkin sebab mengantuk. atau keletihan. atau.. mungkin hati tiada disini. dicuri kah? hehek.. *malu sendiri. >.<





ahha.. sempena hari ni hari tahun baru cina, aku nak kongsi citer sikitlah yang aku pun makan besar gak arini. makan nasi kerabu. kat kampung. siyess sedap weiii~ Mak Cho aku buat kan. thankz Mak Cho dan para pembantunye. hehe. tahun depan boleh arr masuk Master Cheff dah. kehkehkeh. dan sebelum pulang tu, merasa jugaklah angpau. atuk aku bagi rm10. manyak syiokk woo sebab dia warna merah. rase macam aku ni ade atuk chinese pulak. kehkehkeh. gerenti kena sekeh kalau atuk aku tahu.





sebabnyeee.. atuk aku gelap kot. TAPI dia hensem taw. manis jee. siyes nih, tak tipu.. dia pandai wat lawak. dia kalau bab menganjeng memang bagi kat dia. ayat dia pedas tu pedas tapi rase nak tegelak tu mesti ade. kira hebatlah kalau berkias kias tu. nak tergelak sokmo walaupun muka dah merah padam menahan malu dan bengang. tapi kadang-kadang buat buat gelak jee.. hehehe.. jap jap, tadi aku sempat gak snap gambar dgn atuk aku. tengok ehh..





atototototo~ shuwettt :D




amacam? ade stok stok muka keluarga bahagia tak?ke aku ada gaya isteri muda? hahaha. mapuh kena kejar dgn opah aku. tapi tadi semua pakat gelak woii lagi lagi opah aku bila aku ckap aku macam isteri muda atuk jerr. sempoii lah opah,kan?ko hado?? hehe..





calon ibu misali. kehkeh





p/s~ kalau tengok kan gambar orang sebelah aku ni,dah macam merangkap madu aku lah pulak yer? huahaha.. hebat tok ijadd nih. ramai peminat. hehe. ni cousin aku. beloved cousin. baru perasan yang aku tak pernah mention pasal dia sebelum nih kat blog. hehe. maap yer. ni dah siap enterprem lagi gamba kau. suka tak? suka tak? hehe.. dia ni cantik. tapi dia suka cakap dia tak cantik. kemonn lah. apepun, aku syg ko !





wah wah wah..
kemain lah aku ni,kan. mula mula macam takde mood je nak menaip. kemain lagi macam lembik jer. tak tahu nak menaip ape. sekali dah taip, meluncur laju pulak ayatnye. hehe. thats why lah  blog nih blog
tari jariku di papan kekunci. sesuai tak? hihik. auw~ shamed lah saya! >.<






hum.. okeilah sampai sini dulu. kalau ade readers yg baca blog cik tari nih, harap-harap korang semua sihat. yang sakit jaga diri,tau. Alhamdulillah,aku pun baru je baik dari demam. tapi tak bermaksud yang kita boleh leka dan bangga diri sebab orang lain sakit kita tak sakit sakit. ingat,roda itu kan sentiasa berpusing. :)






okeiii~ salam sayang semuanya.
Assalamualaikum.. :)



#hargaisenangsebelumpayah#
#hargaipayahsebelumparah#


JKO.

Assalamualaikum. hiii. :) *sambil senyum sorang-sorang.
Esok bermulalah tugas aku sebagai seorang JKO. JKO tu ape? JKO tu maksudnya ialah Jawatankuasa Orientasi. di pusat pengajian lain aku pasti yang JKO ni lebih dikenali sebagai FASILITATOR@fasi, kan? aku dulu pun masa baru masuk kolej ni macam blurr je bila dorang duk sebut JKO nih. dan kecelaruan semakin melanda bila pensyarah dipanggil fasi. hehe. siyess aku keliru.



maklumlah lain padang, lain belalangnya, kan? hee.. nak jadi seorang JKO di kolej ni kena lalui sesi temuduga. Aku sangat excited okeii masa interview tuh. dan Alhamdulillah, aku terpilih. tapi, bila dah duduk rumah lama sangat sebab cuti sem, perasaan nak jadi JKO ni macam lenyap je. LEMAU. masih dalam mood cuti-cuti Malaysia sebenarnya. ;)



dah tiga hari meeting siang malam, dari 30 hb disember 2011 , sampai 2hb januari 2012, dan esok 3 hb Januari 2012, bermulalah tugas aku dan rakan-rakan. mujur, perasaan excited aku dah datang balik. :))) *hihihihi.. siaplah kau adik adik juniorrrrr... !! *ke aku yang akan disiapkan? hehek..




kemain seluar masuk dalam stoking youu~





with ain. kitorang kenal dari dalam fesbuk lagi. haha. xD
*mata aku pulak TAK macam POLAR BEAR,kann??






kenangan nihh. :)




perghh.. ni semua gambar aku masa orientasi sem lepas. kemain hijau warna topi sedondon dengan baju. jko nya garang-garang belaka. belom orientasi dengan JPP lagi kaki aku dah kejang. -.-'


sesi januari 2012 ni pulak? wait n see je lahh.
dengar kata baju diorang sama dengan kitorang. warna hijau. ehh, recycle ke ape nih??
HAHAHA :D

okeii. salam perkenalan junior semua.

Bye. Assalamualaikum.

#juniordisayangiseniordihormati#









kisah tahun baru, dan kawan lama.

Assalamualaikum. :) 1.1.2012.
Selamat menempuhi tahun 2012. ada yang sambut? korang sambut kat mana? dataran? rempitan?  tengok pertunjukan bunga api? kalau aku sebelum ni tengok bunga api dekat dalam TV atau belakang rumah je. sebab ada macha-macha yang main mercun dan bunga api. Fiuuuu~~ POMM ! hehe. humm. malam tadi, habis je meeting JKO, aku pun baliklah bilik. tak sangka tiba-tiba ada panggilan telefon dari kawan aku. teragak jugak nak angkat ke tak. *aku memang selalu begini bila ada orang kol.


dan aku angkat jugak akhirnya. :) siyess aku pon rindu nak borak dengan kau, MAH. dari pukul 11 kita borak hampir ke pukul 12. bila kredit kau habis, kau kol lagi lepas pukul 12. thankz. aku terharu juga sebab kau tak lupakan aku. dan aku terfikir kenapa kau tak kol girlfriend kau agaknya. hum.. not my business. agaknya MAH kol aku pun sebab girlfriend dia bizi kut. HAHA. takpe, atleast aku jadi pilihan nom dua utk dia kol after gf dia,kan? :) banyak yang kami borakkan. thankz MAH. aku sentiasa rasa selesa dengan kau.


tapi nampaknya keselesaan kita lebih sesuai sebagai kawan,kan? walau sejauh mana aku pergi, sejauh mana aku berlari, dan walau sejauh mana kau terbang, sejauh mana kau melayang.. aku berharap dalam hati kita, dalam ingatan kita, masing-masing tak lupakan each other. :') humm.. seronok lah juga sebab kita sambut new year 2012 ni sama-sama dalam telefon. kau cakap kau nampak bulan, nampak bintang. tapi aku tak nampak.


kau kata bulan ada disebelah barat. aku pandang sebelah barat, ahh ada bangunan senior sem 4. terhalang walaupun aku berada di tingkat 5. mungkin ada awan yang menutupi.dan kita sama-sama melihat pertunjukan bunga api di tempat yang berbeza. walaupun bunyik berdentum dentam, aku tak nampak bunga api dengan jelas. tapi aku nampak di kaki langit kelihatan cerah. :) dan.. walaupun aku tak nampak bintang, tapi aku tidur atas bintang. sebab cadar dan comforter aku ada bintang-bintang. :')




:') bff...



thankz sayang. even kau ada girlfriend, kau tak lupakan aku. dan aku akan terus anggap kau lah kawan dan abang aku yang terbaik. thankz sebab dapat sambut new year sesama. haha. apelah,ajak aku jerit sama-sama? aku malu ahh. tapi last2 aku jerit jugak SELAMAT TAHUN BARU dekat guard yang meronda kat bawah. nasib baik pakcik tu sporting. :) dan kau pun ketawa senang. *aku malu nak jerit dengan kau. if sorang2 xpe. :)


#ketawamumenyenangkanhatiku#


wish all of u my reades, n me also, be better than before. 


thankz. Assalamualaikum.