huii..buntuti aq yer?

Majlis Pertunangan Miss & Mr.Tunang :)




Hai dan Assalamualaikum. Selamat menyambut bulan Ramadhan dan hari ni dah 4 Ramadhan. Sekejap je pejam celik pejam celik nak masuk seminggu umat Islam berpuasa. Ya ampun.. lama sangat aku tak menaip kat blog nih. Berkulat likat dah jadinya. Haha.


Alhamdulillah 8 jun 2014 yang lalu ada majlis tunang kecil - kecilan kat rumah mak abah. Siapa lah yang bertunang di antara lima orang anak mak abah kan..? Yang penting orangnya comel. Haha. Anak dara mak abah ni yang bertunang. :) Yup, saya yang bertunang. Terima kasih saudara mara dan sahabat handai yang datang.


















Gambar sengsorang, gambar dengan mak dan gambar dengan abah. So, izah ikut muka siapa?.. Hurmm.. dah lama tak menaip, dah tak pandai nak berpot-pet pot-pet panjang macam dulu. Nanti izah cerita pasal persiapan nak bertunang ye. K byeee..


Si dia berjumpa mak dan abah.



Assalamualaikum .. Sambungan kepada episod lamaran.. Raya cina hari tu aku dapat cuti 4 hari.. Hari khamis smpai ahad.. Pagi khamis aku sampai rumah,petang blk kampung di kampung gajah perak.. Ada kenduri. Dan pagi sabtu balik rumah.. Petangnya keluar dgn dia ke taman layang-layang kepong.. Masa dlm kereta tu ade la dia bincang sikit pasal nak serius dengan aku.. Pasal risik,tunang dan nikah. 


Esoknya ahad dan sepatutnya aku balik kelantan pagi tu tapi tiket pula habis.. Terpaksa balik malam.. Dia nak ajak aku keluar tapi aku tak nak sebab nak luangkan masa dengan mak aku.. Last2 aku ajak dia makan tengahari dekat rumah.. Yang aku tak percaya tu dia berani datang.. Masa aku bagitahu kt  abah dan mak diorang macam cool n steady tapi bila tahu orang tu serius dgn aku,terus masing-masing macam tak restu pun ada.. Sedih sangat aku masa tu..


Takkan aku nak bagitahu dia supaya jangan datang.. Aku pun tawakkal je lah.. Dalam hati duk zikir dan doa.. Biarlah abah lembut hati.. Dan alhamdulillah pukul 2 dia sampai dengan adik dia,abah sambut dengan baik. Kasihan juga aku tengok dia. Nampak macam neves dan tak tahu nak borak sangat dengan abah. Macam ada emas dalam mulut. Tapi akhirnya dia cakap juga yang dia nak serius berkawan dengan aku dan nak tunggu aku habis belajar.. Ni dia yg bagitahu sebab masa tu aku masuk bilik kejap..


Apepun,aku bertawakal dan berharap yang baik-baik saja.. Kepada Illahi lah aku sandarkan harapan.. :)


Lamaran

Assalamualaikum.. Alhamdulillah,awal tahun baru ni aku dilamar oleh seseorang. Sebenarnya aku dilamar melalui mesej. Satu hal yang aku tak gemari. Tapi entah kenapa yang ini aku rasa orangnya serius. `awak,saya ingat nak masuk meminang awak. Tapi nak tunggu awak habis belajar.'


Dilamar dalam masa tak sampai sebulan kenal? kenapa agaknya aku rasa yakin dengan dia. Mungkin peribadi dia aku nampak elok. Tapi aku tak mahu buat serius sangat. Sampaila menyusul mesej `awak,saya dah bagitahu emak saya yang saya nak meminang awak. Tapi nak tunggu awak habis belajar.'


Habis belajar? Bulan 6 ni lah aku habis belajar......... Masa ni rasa wait and see je lah. Maklumlah dia dan aku hanya berhubung melalui mesej. Tak pernah on the phone. Sorang di selangor, seorang di kelantan. Bukan pasangan bercinta, bukan couple.


Mudah-mudahan Allah permudahkan urusan dan berikan hamba-Nya ini petunjuk dan bimbingan..