huii..buntuti aq yer?

kek pelangi kek belang.



Assalamualaikum.. yuhuu.. salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. :) baiklah kali ni aku nak ajar korang resepi kek pelangi atau kek belang. perghh.. da macam rancangan masak memasak lah pulak. ahakss.. sebab ape aku pilih kek pelangi ni untuk dimasukkan dalam blog? sebab aku expert buat kek ni. ahakk poyo amat pulak. ngeee~ sebenarnye kalau bab kek memang kek pelangi ni lah paling aku pandai dan selalu buat. jadi,tak salah nak share dengan pembaca sekalian,kan? :)




Bahan-bahan

2 cawan marjerin.
2 cawan gula kisar halus.
3 cawan tepung gandum (digoreng tanpa minyak).
5 biji telur ayam.
1/2 cawan susu ideal.
secamca baking powder.

*tepung tu kita goreng tanpa minyak dulu sebab nak bagi dia ringan. bukan ringan-ringan taw. hehe.

*susu tu ikut suka. nak pakai susu krim ke tepung ke,boleh je. janji campur air dan gaul sikit,okei. :)




Cara-cara.

pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang dalam mangkuk. bila dah kembang dan warna dia nampak macam putih krim tu, masukkan telur + baking powder dan susu. teruskan mengacau,okei. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit,gaulkan rata. bahagikan adunan kepada tiga bahagian iaitu masukkan dalam mangkuk berlainan. kalau macam saya, satu bahagian saya buat warna hijau, satu bahagian saya buat warna merah, dan satu lagi warna asal kek tu. lepas tu masukkan dalam loyang pembakar secara berselang seli. :) bakar dalam suhu 180 - 200 degree okei. :)










amacam? okei tak? sedapnya.. nyumm nyumm !!





hihi.. sambil tunggu kek siap, sempat lagi updates entri ni. *nak menunjuk yang dia baru lepas buat kek lettewww~ haip haipp.. tak moh mengata eh. hehe. ape salahnya sambil tunggu kek siap, layan blog dulu. nanti aku upload gamba kek pelangi yang da siap tu eh? errr.. sebenarnya kek pelangi ke kek belang? mana-mana pun boleh.. sama je. janji dia warna warni. hehe. eh eh.. macam ada bau something la korang. bau hangit je ni.. kek hangit ke atau  korang yang bau hangit ni? ahak.. psss psss~ gua chow dulu lah eh.






selamat berpraktikal dan selamat berhujung minggu tau. 






Assalamualaikum. sayang u olls. >.<


gua nak pigi mandi dulu. :p





0 comments:

Post a Comment