Assalamualaikum. yeahh.. hari isnin yang indah sebab tak perlu ke kelas dan dapat bangkit pukul 11 pagi. cuti midsem seminggu woii. Hohoho.. bertambah indah apabila kerja menyidai kain telah dilaksanakan oleh abang sulung. hehe. meseyh, meseyh.. ;) jadi tugas yang tinggal adelah masak nasi dan tomyam. maka tanpa mandi dan tanpa ragu ragu lagi, aku menuju ke peti ais untuk melihat ape yang ada. ouh, ade sayur carrot dengan kubis je? hum... tak meriah lah tomyam aku camni. jagung kecik dengan kubis bunga takde lah pulak.. TOMATO pun takde? chaiss~ kecewa dibuatnye. humm..
resepi tomyam sesuka hati aku. :
bawang merah, bawang putih.
serai 2,3 batang.
cili beberapa biji.
ayam yang telah dipotong kecil.
udang sais besar/sederhana.
lobak merah yang dipotong bulat/serong.
kubis bunga dan sebagainye yang bernama sayur.
beberapa helai daun limau purut.
air asam jawa.
2 kiub perencah tomyam.
cara-cara memasak :
tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan lesung batu. tak kan dengan tangan pulak,kan?hehe.. dah naik bau tu,masukkan kiub tomyam. goreng goreng sikit,masukkan serai. then,masukkan ayam dulu supaya ayam tu masak luar dan dalam. hahaha. dalam 4,5 minit masukkan air.agak agak dalam 4 cawan. hohoho.. aku ni hantu kuah sup jadi kenalah lebih sikit. masukkan air asam secukup rasa,dan sayur sayuran. letak sayur yang keras dulu. lepas tu boleh lah bubuh udang, bubuh cili.tunggu sampai menggelegak.lain orang lain cita rasanya. ada yang suka masam lebih, ada yang suka pedas lebih. ada yang suka sayur banyak, ada yang suka sotonglah,ketam lah.macam macam hal.. hohoho.
mana yang nak masam lagi,tambahlah perahan asam limau. kalau takde jugak,letak asam keping pun boleh. kalau takde jugak,letak je lah air peluh korang. kikikiki~ melawak je. nak pedas lagi letaklah cili padi. alrite?tapi kalau ada gastrik macam aku ni, jangan carik pasal lah. tapi selera masing masing ye tak? bedal je.. janji puas. slurppp.. sementara tunggu tomyam masak tu boleh lah kita masak nasi dulu sambil membasuh pinggan mangkuk yang penuh di singki yer tuan tuan dan puan puannnn. nak membasuh baju pun boleh. hehe.. lepas da siap boleh la hidangkan kat atas meja makan sambil menadah telinga dengar kritikan kritikan dari tukang rasa. kalau banyak sangat komennye,tonyoh je cili padi tu.
eh jap jap,setakat cakap je.. modal sembang bolehlah.. okei okei nak tunjuk bukti lah ni mak enon oi.. jap eh nak upload gambar tomyam hasil air tangan aku tadi. taraaa~
dap nyer~ dap nyer~ |
nyumm nyumm ! :) |
ngeee~ camne? lulus tak? lulus lah kan.. adik dengan mak aku cakap sedap. yang sebenarnya aku sendiri tak makan lagi walaupun hari dah masuk maghrib. hoho.. sebabnya aku ni kalau masak sendiri memang aku tak kan makan.. kena tunggu beberapa jam baru aku makan masakan aku sendiri. penyakit ke ape?okei lah.. lapa sangat dah ni. nak pergi makan lah. nak panaskan tomyam ni kaw kaw,pastu curah kuah dia sampai banjir dalam pinggan. uhmm uhmm sedapnya. im lovin it! hehe..
dia : dah mandi belum?
aku : belummm.. saya baru lepas masak.
dia : ae?masak ape?mesti sedap sebab tak mandi lagikan?hahahaha *kureng asam je dia ni ouh.
aku : tomyam ayam dgn udang.
dia : sedap. nak sikittt..
aku : sikit je?camtu saya bagi awak bawang jelah.
dia : kalau saya yang masak,saya bagi awak kuah je.hahaha..
banyak betul hahahaha awak kan pakcik?eee~ geram. err.. stori diatas telah di edit supaya tiada yang muntah kuning,biru,hijau dan sebagainya tatkala membaca perbualan kami. hehe.okei,mintak izin nak mengisi perut dulu. adios~
thanks sudi baca. :) Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment