huii..buntuti aq yer?

DSLR.

Assalamualaikum. okei, just short entri kali nih. Sedang berkemas-kemas sebab esok nak balik hostel dah. Kemudian sebak. DSLR..?? okei,saya ada DSLR,cuma tak pernah tunjuk. in real life,mybe. tapi belum pernah tunjuk kat blog, dan  kat fesbuk macam orang lain. :) dan sekarang dalam dilema.should i bring it, or not? sad T__________T


Nak tinggalkan rasa sayang.  tengok je bodi dia, rasa nak peluk-peluk pulak. -.-' sebelum ni tak pernah pun. adalah dalam dua bulan kami bersama. masih banyak yang perlu diterokai. ilmu kamera aku masih seciput. nak tengok kamera saya tuh? kejap saya upload.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.              
.
.
.
.
.
.
.
.


awesome. :)







unic  :)



errr.. besar gedabak sangat ke saya tunjuk nih? macam riak pulak dah. berdosa nanti. maafkan saya, saya tak berniat macam tu sekali. humm..saya punya yang macam atas tu. warna merah. cantik tak? kalau cakap tak cantik pun takpe, bukan saya tahu punn.. yang biru ni pula jumpa kat google tadi. tak sangka pulak ada warna biru. tak pernah nampak pun orang lain pakai.. korang? apepun, nampak cantik kan? gorgeous je tengok.


siapa yg follow blog irene nadia, perasan tak kamera warna pink? uhh.. cantik jugak. menawan!! apepun, bersyukur dengan apa yang ada. jangan tamak lah..  *cakap dgn diri sendiri.hihi.. InsyaAllah,tahun 2012 dan tahun 1433 hijrah ni aku akan lakukan yang lebih baik dari tahun sebelum ni. :) begitu juga dalam bidang fotografi. doakan saya. :)


baii, salam sayang semua. <3
Assalamulaikum. :)

LELAKI ni pandang yang CANTIK je.. betul ke? dah tu PEREMPUAN ??

Assalamualaikum. Wahh, tajuk macam nak provok je,kan? Macam nak cari gaduh dgn kaum lagi satu je..?Apa cerr..? Okei, berbalik pada tajuk, korang setuju tak yang orang laki ni kalau nak cari GIRLFRIEND NAK YANG CANTIK JER..? ada sesetengah tu nak BERKAWAN DENGAN YANG CANTIK JER.. betul ke? ada yang panas hati ke? takut kena saman pulak nanti. haha. i mana lah ada duit nak bayar u~


biasalah, kalau nak diikutkan, lelaki mana yang tak suka ushar perempuan cantik,kan? begitu juga sebaliknya, perempuan mana yang tak suka pandang lelaki kacak,kann..? lelaki,perempuan fitrah nya sama je. suka pada sesuatu yang ada keindahan. okei, adil kan? kita bicara tentang kedua-dua jantina sekali. :) tak adil pulak nak cakap tentang orang lelaki je kalau perempuan pun begitu, rite?


dan aku juga tak terkecuali. bila nak pilih pasangan, aku lebih suka pada lelaki yang bila aku pandang, SEJUK JE HATI ni. berbeza okei. tak perlu yang kacak,tampan dan so onn.yang penting ada budi bahasanya, ada hormatnya, ada kasihnya, ada agamanya. :') kalau fizikalnya, biarlah yang kemudian. dalamannya yang perlu dilihat dulu. <----- *promote ciri lelaki idaman nampak? haha..


TAK PERLU NAK MELETAKKAN CANTIK,BERGAYA,COMEL,LAWA,HENSEM,KACAK, JAMBU,TAMPAN,HOT,KIUT,MIUT, dan sebagainya sebagai KRITERIA UTAMA korang dalam memilih pasangan. ehh kemonn lah, HATI,BUDI BAHASA come first, okeii :) apa yang dicari dengan kecantikan luaran semata jika dalamannya tidak secantik yang diimpikan? *thinking thinking.


Alkesahnya. aku nak sharekan situasi yang berlaku pada aku,satu ketika dulu. takdelah lama sangat, dalam tahun ni jugak. aku tak letak gambar profile picture aku yang sebenar dekat fesbuk. Aku letak gambar doraemon lah, popeye lah, kucing lahh. gamba-gambar aku telah di hide kan. aku ada berkawan secara maya dengan beberapa orang lelaki nih. just kawan okei. just dorang share kan citer dorang, problem dorang, gf dorang, dan anything lahh. diorang tak pernah pun tanya pasal aku. lebih kepada perkongsian cerita tentang diorang je, bukan tentang aku.


dan satu hari tu, aku tukar lah gambar aku kepada yang asal, yang real. suddenly, lelaki lelaki nih, mereka mereka nih, muncul dan chatt dengan aku. like.. "eh awak ni cantik lah, kenapa awak tak letak gambar awak yang sebenar before this? awak ni lawalah, awak jadi gf saya lahh, awak couple dengan saya nak..? " n more.. dan disitu aku rasa sangat annoyying, okei ! dari situ aku dah boleh nilaikan kejujuran diorang.


same as girl.. ada sebahagian girl tu ramai terlalu mementingkan paras lelaki. ihhhhh.. kemonn lah. yang luaran tu cuma sementara je.. trust me, bebeh~ kalau aku baca blog sebahagian remaja perempuan nih, ada yang stori like  " i tak suka bila laki tuh duk tegur i kat chatt. i tengok dia tu biasa je. TAKDE KELASS~ then one day bile we meet, ouh myy.. he's very hndsome!"  tup tup tang tu jugak sudi jadi gf. =.=!


satu yang aku pelik, korang yang diterima, yang diingini oleh pasangan korang sebab korang cantik,hensem, tak rasa semacam ke? tak sedih? ke bangga? lets imagine if one day kecantikan@ketampanan korang hilang, what will happend? *thinking :)


Aku bukanlah bermaksud Heiiiii, JANGAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG KACAK DAN CANTIK ni. diorang ni ba wau alif ya alif  (buaya) jerr.. bukan sampai macam tu sekali. nanti susahla stok stok kacak dan cantik tak laku laku lahh pulak,kan? haha. kacak dan cantik itu perlu, tapi biarlah ianya sejajar dengan budi pekerti yang tinggi nilainya. :) kan?


okeilah. sampai sini dulu. nanti saya updates entri baru lagi, okei. :)
btw, sedap tak lagu blog ni? mulanya bukan lagu pilihan, tapi sekali dengar hati berkenan.


#kurangcantiktapiadabudinyaadaakhlak,tautanhatiakanmenjadilebihindah#




thans sayang sebab sudi singgah.
sayang awak semua. <3
Assalamualaikum. :)

wordless this day. xD











<3

Laii, laii. Belajar bahasa kerbau.

Assalamualaikum n salam sejahtera olls.. ;)
Belajar bahasa kerbau? betul kah? yup,yup..
kali ni kita akan belajar bahasa kerbau okeii.
haa.. suka tak? suka tak? sukaa lettuwww~ kan kan?? xD
okei, lets we start it.

HAIH~    haa.. ape tu? mengeluh ke? tak, tak.. HAIH ni maksudnya ialah MENYURUH KERBAU BERJALAN.. lepas ni boleh la praktik kat member korang.. lol..!


CHAH! CHAH! CHAH! haa.. ape pulak minah ni ngarutt? haha.. rilekk rilekk.. CHAH ni maksudnya MENGARAH KERBAU  KE KANAN. hahaha.


SOK! SOK!  dan bila esokk kita kan bertemu kembaliiii~ perghhh sumbangseh betul! haha.. haa.., SOK ni pulak maksudnya MENYURUH KERBAU KE KIRI. hihihi


DIAM~ haa.. senang je tuh, maksudnye diam@senyap la kann? ehh.. TAK, okeiii~ maksudnye ialah BERHENTI.. hehehe.. cer try naik kereta suruh ayah korang berenti korang cakap "diam, abah! diam! abah diammmm. saya nak terkucil nihh..!!" haa.. memang sah-sah abah korang buat muka bengis sebab korang berani berani jerr sohh dia diam ehh. haha.. :D


SEROT.. SEROT.. apa tu? bunyi macam sedut air je.. ke bunyi macam korang sedut cendoi@hingus?? hahaha... SEROT ni pulak maksudnya ialah MENYURUH KERBAU UNDUR KE BELAKANG.. :) hihihi..



ini adalah dua ekor lembu, bukan kerbau taw adik adik sekalian.. :) diorang ni bercinta. huahaha.
 yang belakang tu ialah gunung kriang, muzium padi dan pusat sains negara cawangan utara.

persoalannya sekarang..  jeng jeng jeng.. bagaimanakah aku boleh berbahasa kerbau? adakah aku berkawan dengan seekor kerbau? tidor,makan dan bermain bersama kerbau? jawapannya.. tepat sekali SALAH.. hihi..
sebenarnya aku dapat informasi bahasa kerbau ni di muzium padi di Kedah nunn.. dekat je dengan rumah makcik aku.. dalam lima minit naik kereta sampai lahh.. :)


okei lah sayang, selamat mempraktikkan bahasa kerbau okei.. :) hehehe..

#rendangdagingkerbausedap#

thanks for reading,love yarrr.. 

muahh <3




dia buat orang jatuh cinta lepas tu dia blahhh?

Assalamualaikum.
Hai korang! Hope korang semua sihat belaka :) Seminggu dah tak updates entri baru. Ada tak yang rindu nak baca penulisan hasil tangan aku ni? hihi.. *kemainnnn lagi macamlah ada yang minat,kan?kan? >.< if tak ada pun, takpe lah. perlahan kayuh,nanti pasti ada juga,kan? :))


baiklah readers, ada satu tag line ni. tag line ini saya ambil daripada status kawan saya di fesbuk. dengan keizinan dia, saya mohon untuk di kongsikan. bukan di fesbuk. tapi,di sini. ya,disini.


katanya :


"perkara yang paling kejam adalah membuatkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu langsung tidak ada niat menerimanya."


setuju?



"perkara yang paling kejam" ?


betulkah? tidak.. pada aku,ini bukan perkara paling kejam dalam hidup ini. tapi,antara perkara kejam dalam percintaan. jadi  mari kita ubah ayat ini menjadi seperti berikut...



"perkara yang paling kejam dalam percintaan adalah membuatkan seseorang jatuh cinta kepadamu sedangkan kamu langsung tidak ada niat menerimanya."


haha. suka suka hati mak enon jee aku buat ayat sendiri. >.< . btw,macam mana? korang setuju tak? agak-agak pernah tak korang jadi sebahagian daripada tag line tersebut? yelahh.. mana tahu korang pernah alami situasi@pengalaman macam nih,kan? takpe,tape.. jom kita soroti cerita di bawah ni dulu.. :)

shuuu shuu shuuu *bunyi lagu sinetron :D


Amelin seorang gadis berumur 22 tahun.Di kolejnya, ada seorang pelajar baru  bernama Adam. Amelin perasan yang Adam seperti cuba menarik perhatian Amelin. Amelin semakin pasti Adam menyimpan perasaan padanya. Cuma Adam belum meluahkan. Buktinya, Adam selalu mengajaknya makan. Mengenyit mata dan tersenyum apabila tiada yang memandang, menghadiahkan cokelat, baju, dan juga bergurau senda dengannya. Bukan dia saja,malah rakan-rakan mereka yang lain pun sangat pasti mereka berdua sedang dilamun cinta. Cuma belum declare saja lagi. Berbagai-bagai hint menunjukkan Adam sengaja menarik perhatian Amelin. Suatu hari, ketika cuti semester, Adam menghantar mesej kepada Amelin.Katanya. "apa perasaan awak pada saya?sudi tak kalau awak jadi girlfren saya?" dan Amelin  membalas mesej itu, "saya selesa dengan awak. tapi boleh bagi saya masa?" dan setelah semester baru bermula, mereka bertemu di kolej. Amelin berhias begitu manis sekali. bertudung krim,memakai baju kemeja pink terang, dan gaun labuh bercorak bunga. Dia yakin yang hatinya memang untuk Adam. Saat berdua, Adam bertanya pada Amelin tentang soal hati yang telah ditanya dahulu. Adakah Amelin sudi menerimanya. Dan si gadis yang telah yakin dengan perasaannya, menunduk dan mengangguk perlahan. Malu-malu kononnya. "Awak,saya setuju......." dan belum sempat Amelin menghabiskan kata-katanya, Adam mencelah. "Awak setuju? Haha.. lukenabeb! rilekslah awak.. saya cuma test market jer. tak sangka begitu mudah nak buat awak suka pada saya. lepas ni awak tolong dapatkan nombor telefon Liyana kelas sebelah boleh? hott juga dia tuh.. okeilah, saya beredar dulu. kita kawan jer,okei? " sejurus itu si jejaka mengenyit mata, dan meninggalkan si gadis dengan mata yang bergenang, hati yang sebal.




jahat! jahat! jahat! tapi, ada hikmah tersembunyi ;)




okei~ ending. adakah ini kisah benar si penulis? haha.. tak lah.. ni cuma cerita mahupun sketsa yang aku reka sendiri agar bertepatan dengan entri aku hari ni. apa pendapat korang tentang cerita ni?aku sendiri sebagai penulis pun rasa sangat marah, sedih dan rasa diri ini diperbodohkan. betul tak? atau.. mungkin korang sendiri pernah mengalami nasib seperti si gadis,Amelin? atau.. korang sendiri adalah si jejaka,Adam?



Sekiranya korang pernah melalui situasi sebagai si gadis, aku turut bersimpati. pasti sakit kan bila cinta yang didambakan, tuba yang dicurahkan. *errr.. betul ke?aku main hentam je pepatah reka sendiri ni. hehe. Anggaplah ini sebagai salah satu ujian untuk korang. InsyaAllah, si lelaki@wanita yang pernah buat begini pada korang, akan terima pembalasan atas perbuatan dia tuh.


dan kalau korang sendiri bersikap seperti si jejaka, pun aku turut bersimpati. simpati pada orang bodoh seperti ni. hello..! cinta itu bukan untuk diperbodohkan. sekeping hati adalah tidak wajar untuk dipermainkan.tahu tak yang orang orang seperti ini, dalam korang mempermainkan perasaan dan maruah orang lain, korang sebenarnya telah menginjakkan maruah korang sendiri. sebaris dengan kaki korang. tahu kaki korang berada di mana? di BAWAH sekali,kan?

satu jeee~ JANGAN NAK TEST TEST MARKET SANGAT lahhh~ rite? ;)

ehh hehe emo pulak aku ni. haha. rasanya pembaca blog aku ni mesti baik-baik budaknya,kan? hehe

okeilah, sampai sini saja. think think properly okeiii :)

#mengapamahuorangmenerimakitajikakitatidakmahumenerimaorang#

bye. salam sayang semuanya. sangat sangat!

muahh !! :p







snap ! snap ! photoshoot.

Assalamualaikum.
Jom.
Cuci cuci mata.
^_^



























terima kasih kerana sudi melihat.
dont forget, "Subhanallah" :)




tag-ed dari NANA MALIK

Assalamualaikum. yuhuuu~ pagi pagi on je fesbuk tengok tengok saya telah di tag oleh nana malik. Oyeahh.. saya suka nihh, sebab terasa macam retiss lah pulak kan ade orang duk nk tahu pasal kita.. haha.. erkk? okeh, jom cekedouts..



= Cerita sikit sejarah kita or kita kenal camne? ehem2 =

weee~ sejarah? okei.. kacang jer sebab ni subjek feveret aku masa sekolah dulu. hehe. ofkos la kenal si nana nih masa dekat uTem. dia masuk lambat sbb second intake. mula-mula aku macam "eyuuww~ tak leh masuk kott ngan minah nih. mata nak biru. what the..?" hahaha.. mula mula dia team ngan dak gurl lain. last-last dia masuk gak team aku. mesti sbb team aku lagi sempoiiii,kan? nah, bawah  ni aku tempek sekali gambar fistime kita. kau hadooo??


:')     rindu meyhhh~~  <3







= prefer kfc ke mcd ? reason nya ? =

hohoho.. dua dua pon sedap.. humm.. tapi kelebihannye pada mcd lahh.. sebab ayam dia sedap, beger dia pon sedap. nyumm nyumm.. tapi kalao nak save bajet, baik pergi kfc. pon sedap jugak. err,marrybrown boleh? hahaha.. :D


= Perkara paling sweet taknak lupa and takkan lupa kan ? =

ada banyak. tapi disebabkan tag-ed nih dari si nana, biar lah berkaitan dengan kau eik nana. :) perkara paling sweet bagi aku and takkan aku lupakan ialah bila aku sedang kronik after clash, aku demam, dan aku tak makan seharian. pegi u, amik ubat kt klinik dgn wana n then lepak kat kafe. bila abes kelas, kau datang dgn yg lain. dan kau paksa aku makan. kau yg suapkan aku. :') sumpah masa tu aku memang tak larat n sangat perlukan sokongan moral. even bagi orang lain mungkin itu benda kecik, tapi aku sangat hargainya. thnkz syg.



= Orang yang paling penting dan kamu sayang buat masa sekarang ? =

ramai. sumpah dalam hidup aku ramai orang yang aku sayang. sebab diri aku penuh dengan perasaan kasih sayang kott. aku sayang family aku. saudara mara aku. kawan kawan aku. kawan kepada kawan kawan aku. anak jiran aku. makcik di kejiranan aku. anak kawan mak aku. ramai kan? tapi orang yang paling penting bagi aku ialah EMAK aku. dia segalanya even kadang kadang kami tak sefahaman. :') 




= Blog ape yang best nak bagi nana baca ? hee =

blog yang best? eh.. blog aku lahh.. haha.. malas nak pergi cari link blog orang lain lah. xD






=Apa yang unik tentang diri korang ? =


wahh~ soalan.. hum.. nih bagi aku lah, bagi orang lain tak tahulah. as ramai yg dah tahu, aku nih kasar. boyish sikit kan. nak nak kalau aku single. memang menjadik la keras hati aku tuh. tapi uniknya ialah, aku kuat daya simpati dan kasih sayang. even aku macam laki sikit, aku tahu masak, aku tahu menjahit manik dan aku tahu buat bunga sabun. bukan calang-calang orang yang boleh buat bunga sabun,tahu? haha. kerekk.. dan aku berjiwa seperti kanak-kanak. :)





muka terkejut dan tercengang. hehe.

ceyhh~ suka, terus senyum bila nampak kamera. ^^


= Apa yang korang rasa unik pada nana ? =
Humm.. yang unik eh? semua orang ada keunikan n u too nana ! bila ko cakap hawau tu unik lah pada aku. hehe xD

Thankz sayang. nanti lah aku tag pada orang lain pulak. :) hee.. xoxo ! :*

raja aliff berani you rampas nana dari i meyh? baik you jaga dia bebaik. tapi if dia tak jaga you bebaik jugak, gitahu i okeyh? takpe, i ade. HAHAHAHA. jgn marah nana <3










Manja. salahkah? seperti apa?

Assalamualaikum.
Manja. manja. manja. dan manja.
Bagi aku,istilah ni tak lepas dari kita.
Tak kesah la kita ni bayi lagi ke atau sudah dewasa, mungkin juga sudah tua, betul ke kita manja?
Tak kira jantina. Kau laki-laki ke, perempuan ke.. dan tak kira usia. gay, lesbo dia pon manja jugak.
ehh.. lebih baik jangan ada yg gay dan lesbo pulak kat sini. !!
Apa sebenarnya erti manja ni..?




Aku ingat lagi.
Masa aku sekolah rendah dulu, sekolah agama waktu petang.
Guru besarnya berada dihadapan, hari Isnin, di perhimpunan.
Dia cakap, "anak-anak, jangan manja"
"kata pada ibu, pada ayah.. saya tak nak manja manja lagi."
"jangan mintak itu ini. kalau nak nasi, amik sendiri."




Dan suatu hari, aku pulang menghabiskan cuti sekolah dikampung.
Kebetulan pak lang ku ada. dan dia melayan aku dengan manja sekali.
bukan manja yang ada-ada. tapi yang seadanya.
Hanya berbual mesra.
Begitu juga dengan pak uda. suka geletek aku hingga ketawa tiada suara.




Bila aku ceritakan pada seorang temanku.
"seronok cuti sekolah. pakcik aku layan aku dengan manja"
dan temanku, membalas mencebik bibirnya.
"tak malu! kan guru besar sudah cakap tak boleh manja manja"
dan aku terkelu. di usiaku 8 tahun tika itu.




Lama juga aku berfikir. Manja itu apa,ya?
Manja itu bagaimana?
Salah kah manja itu, jika ia menggamit bahagia.
Jika ia tidak menyusahkan sesiapa. ?
Dan semakin aku besar.aku sedar. manja itu tidak salah.
manja itu bukan hanya utk kanak kanak sahaja.
Manja itu tidak mengenal jantina.





Bermanjalah. selagi ia tidak menyusahkan sesiapa.
selagi ia tidak membebankan sesiapa.
selagi yang bermanja dan dimanja, sama sama merestuinya.
merasa bahagianya. merasa kasihnya.
selagi tidak mengingkari perintahnya. selagi tidak mengingkari hukumnya.
selagi tidak menentang fitrahnya. selagi yang memandang, tidak jelek melihatnya.





Dan.., duhai guru besarku..
Mungkin apa yang ingin disampaikan olehmu dahulu
Penyampaiannya tidak benar benar sampai kepadaku.
Terasa seperti ada satu soalan, yang sentiasa berlegar di benak fikiran ku.
Manja. manja. manja.
Seperti apakah yang dimaksudkan olehmu?






Sebenarnya.. ia bukan manja.
tapi mengada-ngada. itukan yang dimaksudkan olehmu?
:')



Menulis dari hati. hihi. thnkz sayang. Assalamualaikum.. :)
<3 u all..

#adakahsayaseorangyang manja#









saya bukan tukang laga :(

Assalamualaikum.. haiiiii.. hummmm.. yuk, mengeluh ke ape nih?
urmm.. bukan ape,sbenarnya aku ada sorang kawan nih.. meh aku namakan dia sbagai A.. bekas classmate aku..yang sorang lagi kita namakan dia M lah ea.. M pulak anggap la dia sebagai jiran tetangga aku.. Alkisahnya A dan M ni ada krisis, dan aku tak masuk campur pun.. yer lah, hal diorang biarlah diorang selesaikan, yer tak? lain lahh kalau ada antara diorang suruh aku masuk campur, itupon belum tentu aku nakk..




tupp - tupp, yang M ada pm aku kat fb.. tak yah laa cakap pasal ape eyh.. cuma kononnye aku telah masuk campur dan melagakan si A dengan si M nihh.. aduiiii~ if orang lain, mybe dah marah-marah, dah bengang.. tapi macam aku, aku tak tau nak buat apee.. nak percayakan si A atau si M.. sebabnye dah aku memang tak masuk campur.. if aku masuk campur, sekurang-kurangnye aku tahu lah mane yg betul mane yg tak.. cuma kat sini aku nak tegaskan yang aku memang tak ada nak laga-lagakan or api-apikan dorang nihh.. aku tak kisah pun if M ttap mksudkan aku laga-lagakan dorang.. cuma aku sedih lha sebab orang dah hilang kpercayaan pada aku.. sedih,tahu? :(





ini bukan saya.. tpi idung nak hampir sama dengan saya dah..
hikhikhik..



pulak-pulak aku dan si M dah kenal lama sejak sekolah lagi, tak pernah-pernah aku masuk campur hal dia.. sedih la bila tiba-tiba dia hilang kepercayaan pada aku.. ni aku nak nyanyi nihh.. percaaayyaalaahhhh~~ haiisshh  -.-' meremang!



oke lha. Assalamualaikum.. thnkz sudi baca :)
#sabar itu indah#

mood : blurringggg~

saya jumpa KHAIRUL FAHMI dahh.. :) korang ada?

                                                      Assalamualaikum
 :)

kalau kelmarin aku jumpa dengan guy yg macam rupa ex aku. (boleh klik sini), semalam pulak aku jumpa dengan khairul fahmi..?

Hee.. khairul fahmi tuww~~ sape yang tak kenal,kan? kalau rakyat Malaysia cakap tak kenal, humm.. hard to believe lahh, dear ;) meh kita tengok gambar khairul fahmi mehh.. :)



wuu~ awesome <3
title:mendongak ke langit




ramai kawan-kawan aku terutama gurlz, very adore him.. nape eh?sebab dia keeper terhebak? sebab dia hensem? sebab dia taff? sebab dia manis? erk? ke sebab dia comel? err.. tapi garang je aku tengok -.-' sebab dia bertanggungjawab? sebab dia hotz? sebab dia fofulerr? sebab dia maskulin?? sebab dia jambu? auww~  haha..

TAPI, aku dah jumpa dah khairul fahmi..
sukaa sangat.
jumpa kat mana?
boleh percaya ke?
meh tengok meh..
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.






haaa~ to diaaaaa... khairul fahmi cellop.. hihi.. kalau tengok gambar atas nih, sama tak dorang? jangan marah eik guys.. tapi badan encik khairul fahmi cellop kena ada sikit taff lagi lahh.. huahuahua.. tinggi tohh encik khairul fahmi cellop ni.. hihik.. gurau eh.. jangan marah wahai tuan empunya badan.. :)
actually i do not know him very much.. im just know his name and his age.. aiyaakk..!



macam mana khairul fahmi cellop boleh sesat kat umah aku ni? hee~  
sebenarnya aku ada sorang member nih nama dia  hazmi a.k.a shin shan..
khairul fahmi cellop ni adalah member dia n  on the way to their hometown, kat kedah nunn, 
dorang singgahla umah aku kat slangor nih..(err.. my mother father home actually..hihi)..



wohh~ bangga bangga, player malaysia ada kat rumah akuu..
kau ada?? non hadooo je lahh.. hihi..


dan dan je ini budak datang umah aku pakai baju sama dengan aku..  cess~



haa.. atas ni lah encik shin shan.. thankz okei sebab sudi datang umahh aku.. :)
kemain lah dia suruh aku pegang buah rambutan masa amik gambar nih, tapi encik khairul fahmi  amik gambar aku sekerat je.. haha.. ini budak bole cakap rumah aku macam rimba.. adoiiii~




yang ni encik khairul fahmi dengan bekas tunang dia..
.
.
.
dan...
.
.
.


yang ni pulak encik khairul fahmi cellop dengann.. dengann.. err... dengann..
hahahaha..


lepas sejam lebih dorang berguling guling kat ruang tamu rumah aku dan membaham pokok rambutan aku beserta buahnya, tiba lah saat yang paling aku kurang suka bila kawan-kawan aku datang rumah..
iaitu.. saat mereka pulang.. kalau boleh nak suruh diorang ni jangan balik dulu.. jadi orang gaji aku dulu sehari dua.. hahaha.. :D



encik khairul fahmi cellop sempat melontarkan senyuman kerang nye sebab tak sanggup tinggalkan aku
disamping encik shin shan yang sedang menangis sebab nak kena tinggalkan aku..
huahahaha.. gelak kejam.. :D


thanks sangat-sangat kat teman berdua nih sebab sudi datang rumah aku.. tetamu itu pembawa rezeki,tahu? :)
mana layanan aku yg kurang tu minta maaf la.. saya tak mampu nak jadi macam perempuan melayu terakhir.. :')

#gembiratiapkalisahabatdatangkerumah#

thankz taw bebe sebab sudi meluangkan masa membaca n membelek belek belog inih..
love u all <3

assalamualaikum.. :)







someone like your ex..

Assalamualaikum guys.. :)
 imagine u'r single, (means u hv boyfie or gurlfie before diz) n one day u meet someone like him/her. wht's ur expression? lari? nanges? shocked? smiling? or.. lempang orang tu sbb nk lepaskan geram kt ex korang? hihihi.. :D jjyeaahh.. smlm aq outing dgn besfren aq, hafiza n my muncett cousin, nurul hidayah. just carik jeans,beli somting-somting n jalan-jalan gitu je lahh.. then we stopped at marrybrown.. nak melahap lah ape lagi,kan.. hehe..




 there was a man near sinks smiling to me when im wash my hands.. so, aq senyum lah balik pada dia.. balik balik je kat meja makan, kawan n cousin aq nih duk kecoh kecoh "weh, kau tak perasan ke? budak tu macam muka A**** la weh" aq pon "aiyak.. bile masa pulak?tadi dia senyum aq tengok tak sama pun" then aq pon keep eating lahh. yg dorang nih duk cakap sama la n so on lah pasal budak laki tuh.. aku cuba jugak nk tngok tapi budak tu dah takde. mybe dia kat second floor. ouh lupe. budak tu pekerja kat situ. waiter.




adelah after beberapa minit tuh budak tu turun n bile aq tenung-tenung dia, a'ah laa.. ade mcm rupe A****.. si hafiza tu pulak dengan selamber katak je panggil dia datang kat meja kitorang. kehkehkeh. berkenalan arr kitorang kat situ. tnye nama la, umor la.. segann jadinye si waiter nihh. aq pon malu jugak tpi cover je arr.. siap amik gamba lagi.. arrr~ malu malu malu. >.<  hikhik.. naseb lah customer tak ramai time nih..




 ape la sengal nye aq cakap ngan budak tu muka dia mcam kwan aq yg dah meninggal..?? upss.. last aq sempat cakap bukan meninggal dunia tapi meninggalkan universiti.. huhu.. capoii mulut aq..! dah tu padahalnye, aq yg meninggalkan universiti yg sebenar-benarnye,enn.. biase larr dah neves youu.. humm.. perasaan aq jumpe someone yg serupa ngan ex aq tuh takde la sedih pun.. teruja je.. :) lagi teruja bila tahu umur dia.. memang sukar utk dipercayai la nokss..




yeahh.. im happy to see diz.. ini lah dia orangnye.. :)
*thnkz fiza amikkan gmbar.. huhu..



kalau anyone yang kenal A**** tu, agak-agak sama tak rupa diorang? urmm.. actually he have near same name with him. nama guys ni pon AZ***.. mula-mula aq tengok guys ni aq assumed dia umur 18 to 20 lah. tapi rupa-rupanyaa.. humm.. im very shocked to hear his age. mood : tekejut dan kecewa. haha -.-' bajet nak buat laki lahh konon?? haha.. korang teka sendiri lah umur dia :) kalau korang tengokkan gambar bawah ni, sama tak gaknya rupa diorang?




 err.. sad to see diz picha. :) kenangan lama in his birthday :) ignoring diz,bebe..
just nak wat perbandingan utk korang lihat.jgn ade yg marah pulak. ;)



ex boyfie sedang bahagia gembira riang ria bercinta dengan kekasih dia.. dan aq...? bila lagi..?


#cuma boleh tersenyum#


thankz reading, bebe~ <3 u



pss~ comell jugak. haha. xD gatal