huii..buntuti aq yer?

dia buat orang jatuh cinta lepas tu dia blahhh?

Assalamualaikum.
Hai korang! Hope korang semua sihat belaka :) Seminggu dah tak updates entri baru. Ada tak yang rindu nak baca penulisan hasil tangan aku ni? hihi.. *kemainnnn lagi macamlah ada yang minat,kan?kan? >.< if tak ada pun, takpe lah. perlahan kayuh,nanti pasti ada juga,kan? :))


baiklah readers, ada satu tag line ni. tag line ini saya ambil daripada status kawan saya di fesbuk. dengan keizinan dia, saya mohon untuk di kongsikan. bukan di fesbuk. tapi,di sini. ya,disini.


katanya :


"perkara yang paling kejam adalah membuatkan seseorang jatuh cinta sedangkan kamu langsung tidak ada niat menerimanya."


setuju?



"perkara yang paling kejam" ?


betulkah? tidak.. pada aku,ini bukan perkara paling kejam dalam hidup ini. tapi,antara perkara kejam dalam percintaan. jadi  mari kita ubah ayat ini menjadi seperti berikut...



"perkara yang paling kejam dalam percintaan adalah membuatkan seseorang jatuh cinta kepadamu sedangkan kamu langsung tidak ada niat menerimanya."


haha. suka suka hati mak enon jee aku buat ayat sendiri. >.< . btw,macam mana? korang setuju tak? agak-agak pernah tak korang jadi sebahagian daripada tag line tersebut? yelahh.. mana tahu korang pernah alami situasi@pengalaman macam nih,kan? takpe,tape.. jom kita soroti cerita di bawah ni dulu.. :)

shuuu shuu shuuu *bunyi lagu sinetron :D


Amelin seorang gadis berumur 22 tahun.Di kolejnya, ada seorang pelajar baru  bernama Adam. Amelin perasan yang Adam seperti cuba menarik perhatian Amelin. Amelin semakin pasti Adam menyimpan perasaan padanya. Cuma Adam belum meluahkan. Buktinya, Adam selalu mengajaknya makan. Mengenyit mata dan tersenyum apabila tiada yang memandang, menghadiahkan cokelat, baju, dan juga bergurau senda dengannya. Bukan dia saja,malah rakan-rakan mereka yang lain pun sangat pasti mereka berdua sedang dilamun cinta. Cuma belum declare saja lagi. Berbagai-bagai hint menunjukkan Adam sengaja menarik perhatian Amelin. Suatu hari, ketika cuti semester, Adam menghantar mesej kepada Amelin.Katanya. "apa perasaan awak pada saya?sudi tak kalau awak jadi girlfren saya?" dan Amelin  membalas mesej itu, "saya selesa dengan awak. tapi boleh bagi saya masa?" dan setelah semester baru bermula, mereka bertemu di kolej. Amelin berhias begitu manis sekali. bertudung krim,memakai baju kemeja pink terang, dan gaun labuh bercorak bunga. Dia yakin yang hatinya memang untuk Adam. Saat berdua, Adam bertanya pada Amelin tentang soal hati yang telah ditanya dahulu. Adakah Amelin sudi menerimanya. Dan si gadis yang telah yakin dengan perasaannya, menunduk dan mengangguk perlahan. Malu-malu kononnya. "Awak,saya setuju......." dan belum sempat Amelin menghabiskan kata-katanya, Adam mencelah. "Awak setuju? Haha.. lukenabeb! rilekslah awak.. saya cuma test market jer. tak sangka begitu mudah nak buat awak suka pada saya. lepas ni awak tolong dapatkan nombor telefon Liyana kelas sebelah boleh? hott juga dia tuh.. okeilah, saya beredar dulu. kita kawan jer,okei? " sejurus itu si jejaka mengenyit mata, dan meninggalkan si gadis dengan mata yang bergenang, hati yang sebal.




jahat! jahat! jahat! tapi, ada hikmah tersembunyi ;)




okei~ ending. adakah ini kisah benar si penulis? haha.. tak lah.. ni cuma cerita mahupun sketsa yang aku reka sendiri agar bertepatan dengan entri aku hari ni. apa pendapat korang tentang cerita ni?aku sendiri sebagai penulis pun rasa sangat marah, sedih dan rasa diri ini diperbodohkan. betul tak? atau.. mungkin korang sendiri pernah mengalami nasib seperti si gadis,Amelin? atau.. korang sendiri adalah si jejaka,Adam?



Sekiranya korang pernah melalui situasi sebagai si gadis, aku turut bersimpati. pasti sakit kan bila cinta yang didambakan, tuba yang dicurahkan. *errr.. betul ke?aku main hentam je pepatah reka sendiri ni. hehe. Anggaplah ini sebagai salah satu ujian untuk korang. InsyaAllah, si lelaki@wanita yang pernah buat begini pada korang, akan terima pembalasan atas perbuatan dia tuh.


dan kalau korang sendiri bersikap seperti si jejaka, pun aku turut bersimpati. simpati pada orang bodoh seperti ni. hello..! cinta itu bukan untuk diperbodohkan. sekeping hati adalah tidak wajar untuk dipermainkan.tahu tak yang orang orang seperti ini, dalam korang mempermainkan perasaan dan maruah orang lain, korang sebenarnya telah menginjakkan maruah korang sendiri. sebaris dengan kaki korang. tahu kaki korang berada di mana? di BAWAH sekali,kan?

satu jeee~ JANGAN NAK TEST TEST MARKET SANGAT lahhh~ rite? ;)

ehh hehe emo pulak aku ni. haha. rasanya pembaca blog aku ni mesti baik-baik budaknya,kan? hehe

okeilah, sampai sini saja. think think properly okeiii :)

#mengapamahuorangmenerimakitajikakitatidakmahumenerimaorang#

bye. salam sayang semuanya. sangat sangat!

muahh !! :p







0 comments:

Post a Comment