huii..buntuti aq yer?

Si dia berjumpa mak dan abah.



Assalamualaikum .. Sambungan kepada episod lamaran.. Raya cina hari tu aku dapat cuti 4 hari.. Hari khamis smpai ahad.. Pagi khamis aku sampai rumah,petang blk kampung di kampung gajah perak.. Ada kenduri. Dan pagi sabtu balik rumah.. Petangnya keluar dgn dia ke taman layang-layang kepong.. Masa dlm kereta tu ade la dia bincang sikit pasal nak serius dengan aku.. Pasal risik,tunang dan nikah. 


Esoknya ahad dan sepatutnya aku balik kelantan pagi tu tapi tiket pula habis.. Terpaksa balik malam.. Dia nak ajak aku keluar tapi aku tak nak sebab nak luangkan masa dengan mak aku.. Last2 aku ajak dia makan tengahari dekat rumah.. Yang aku tak percaya tu dia berani datang.. Masa aku bagitahu kt  abah dan mak diorang macam cool n steady tapi bila tahu orang tu serius dgn aku,terus masing-masing macam tak restu pun ada.. Sedih sangat aku masa tu..


Takkan aku nak bagitahu dia supaya jangan datang.. Aku pun tawakkal je lah.. Dalam hati duk zikir dan doa.. Biarlah abah lembut hati.. Dan alhamdulillah pukul 2 dia sampai dengan adik dia,abah sambut dengan baik. Kasihan juga aku tengok dia. Nampak macam neves dan tak tahu nak borak sangat dengan abah. Macam ada emas dalam mulut. Tapi akhirnya dia cakap juga yang dia nak serius berkawan dengan aku dan nak tunggu aku habis belajar.. Ni dia yg bagitahu sebab masa tu aku masuk bilik kejap..


Apepun,aku bertawakal dan berharap yang baik-baik saja.. Kepada Illahi lah aku sandarkan harapan.. :)


0 comments:

Post a Comment