huii..buntuti aq yer?

Gelagat kita yang buat roommate kita benci kita.


Assalamualaikum. Sape antara korang-korang ni yang pernah duduk asrama atau hostel, angkat ketiak cepat ! phewww.. bau tak hengat lahh.. haha.. okei,gurau je. :) "Gelagat Kita Yang Buat Romate Kita Benci Kita" ?? kenapa pulak?bukan selalu orang buat tajuk pasal romate-romate ni camni ke.. "Gelagat Romate Yang buat Kita Benci Dekat Dia" atau.. "Gelagat Romate Yang Buat Kita Rasa Menyampah Dekat Dia" ke.. kan??








Amboi.. sikit-sikit nak kondemm orang je.. nak salahkan orang je.. ape salahnye sekali sekala kita merendah diri jugak,walaupun memang dah rendah atau tak berapa nak rendah macam aku ni haa.. haha.. tak kan tulis blog nak tunjuk kan kebagusann sendiri je.. ye dakk? ape yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku dan pengalaman kawan-kawan aku jugak lah. okei,lets chekidout.. mane lah tahu terkena kat batang hidung kita sendiri,kan..





1. asal malam je nak bergelap.
udah malam namenye,bergelap lah tak kan nak tidur pun terang kemain. huhu.. bukan ye puan-puan dan tuan-tuan sekalian,maksudnya di sini pukul 8 malam je dah kena tutup lampu kat siling. alkisahnya,masuk je maghrib korang pun tutup suis lampu kat siling dan pasang lampu meja studi.. yang romate terpinga-pinga.. bila ditanya,korang jawab aku tak suka lampu terang-terang waktu belajar.aku suka belajar gelap-gelap.ada cahaya sikit je. sambil korang menjeling tajam. wakluuuuuu.. 2,3 hari boleh tahan lah jugak. kalau satu sem?tak pasal-pasal romate yang tak rabun tu jadi rabun macam kau jugak.





2.bawa member-member lepak dalam bilik lebih 4 jam.
ni kalau member satu course takpe jugak,kalau tak satu course?pun takpe jugak.. tapi berpada-pada laa.. ni romate duk studi korang layan dangdut lah,korea lah lepas tu gosip kemain kuat.. lepas tu buat-buat macam tak kenal je dengan romate. amboii,bangga sangat ke ramai kawan?kalau buat assignment or studi kira bagus la. tapi kalau setakat nak bersukaria je dan romate dah bagi hint nak tidur,siap baca doa,tarik selimut bagai boleh kau dengan kengkawan kau buat derkkk je? tak patut betul.. kalau dapat jenis letak kepala kat bantal terus tidur takpe,dapat yang pantang dengar bunyi je terjaga tu acaneeee?





3.pinjam duit,pinjam duit,pinjam duit tak pulang-pulang dan pinjam lagi. -..-
hoh,becakap pasal pinjam duit,aku pun pernah pinjam duit. tapi takdelah muka tembok arini pinjam 10,esok pinjam lagi 10. tak pulangkan lagi tapi kita pergi lagi pinjam kat romate 50. romate pun muka baik je.. mintak pinjam 100 pun bagi lagi. last-last jadi beribu. kaya lah kau. pulangkan 20 ringgit. esoknya pinjam lagi 200. yang ni tak tahu nak salahkan kita yang meminjam atau romate tu yang bebal sangat. baik sangat. kena pijak pun tak sedar. tapi  bagusla,banyak pahala dia dapat. mulut ternganga pun dapat jugak. tapi korang yang amik kesempatan tu kena ingat,kalau kita mati tak bayar hutang faham-fahamlah roh kita tergantung-gantung di langit nanti. huhu.. takuttttt..





setakat ni amacam?ada tak yang terkena dengan diri kita?renung-renungkan.. kalau takde bagus lah.. tapi lepas ni ada lagi beberapa gelagat yang aku nak updates.. mana tahu gelagat-gelagat yang aku akan kupaskan lepas ni pernah kita-kita buat tapi tak sedar dah menyusahkan romate kita.. huhu.. keep waiting oke dear..? :) enjoy reading.. assalamualaikum.. <3




0 comments:

Post a Comment