Assalamualaikum dan annyang hasanya-nye-nyho.
Hohoho.. maaf lah,nak cakap korea tak pandai. ( Tangan ke bahu,mata ke atas,hidung kembang-kempis nyahh~ ).
Memandangkan sekarang ni saya suka sangat baca karya pakcik Abdul Jalil Ali,apa yang saya nak tulis ni pun ada lah kait-kait dengan penulisan beliau.Baru-baru ni,saya menelaah buku beliau yang bertajuk ; Cendol Pulut Santan Lebih. Sekejap,nak google gambar bukunya mahu kasi tunjuk sama lu orang kasi gigil lu punya lutut. Hahaha..gengster tak? :p
menarik,kan?dapatkan segera. lalala~ |
Nak dijadikan cerita,mukasurat 252 dalam buku ni pakcik Jalil ada menulis tentang 'Pengalaman pertama memasak untuk suami'.. auww~ dengar perkataan 'pertama' tiba-tiba jadi malu-malu kucing. hahaha.. pada mulanya pakcik Jalil menceritakan tentang anak Kak Senah yang menelefon emak nya bertanyakan resepi asam pedas ikan sembilang yang mana pada akhirnya, menantu lakinya tu terkena cirit-birit! dan anak Kak Senah membuat konklusi; "emak tersalah bagi perencah agaknya!"
hamboi,hamboi,hamboi..emak pula disalahkannya. rupanya,pecah lah temberang yang itu lah pengalaman pertama anak perempuan Kak Senah tu memasak. jadi,pakcik Jalil pun menitipkan kata-katanya; "Sebab itu belajarlah ilmu-ilmu dapur.Perlu tahu periuk mana sesuai untuk makan empat orang,periuk mana untuk makan sepuluh orang.Kena tahu macam mana nak menumbuk cili dalam lesung,"
Setuju sangat!
Pakcik Jalil menambah lagi; " anak gadis perlu belajar masak sendiri untuk keluarga dengan ibu jadi pemerhati.dari siang ikan,semua perlu lakukan tanpa bantuan ibu.setelah semuanya siap dihidangkan di atas meja makan,panggil seisi keluarga untuk makan bersama dan jadi juri 'profesional'! baru tahu dapat gred A,B,C atau mungkin E ! dapatkan juga resepi sambal tumis udang,sambal tumis telur hancur,sambal tumis bilis berpetai,masak lemak tempoyak dan lain-lain."
Maaflah pakcik Jalil,kalau bab siang ikan tu saya tak berapa setuju.Prinsip saya,siang ikan biarlah kerja suami.Dari saya zaman sekolah rendah,sekolah menengah,ipta,kolej, memang saya ni degil je kalau mak saya nak ajar siang ikan.saya cakap; "tak nak belajar!tak suka,tu kerja orang lelaki" bila mak saya jawab ; "bila pula lelaki yang kena siang ikan?dapat laki yang tak nak siang ikan tahu la,laki bini tak makan ikan!" hehehe.. tak kisah,my final decision,lelaki harus belajar siang ikan!semua lelaki okei.
tak kasihan ke kat kami orang perempuan buat kerja seorang diri kat dapur. suami goyang kaki depan tv,baca paper,berdengkur kroihh kroihh je?awal-awal dah membayangkan suasana sebuah keluarga!nampak tak betapa dari sekolah rendahnya saya dah berpandangan jauh ke hadapan?hehe.. suka hati lah kalau orang nak cakap saya ego. saya ada sebab saya sendiri. tu,dekat akhbar,dekat majalah,sana-sini cakap "mana lah lelaki tak cari bini lain?perempuan tak pandai jaga diri. tak jaga kecantikan untuk suami. bau bawang,bau ikan hanyir!"
ha,jadi senang cerita,hujung minggu suami sama-sama lah masuk dapur tolong isteri siang segala ikan yang di beli untuk stok seminggu. kan bahagia sama-sama masuk dapur.sambil isteri masak suami tolong-tolong lah basuh segala perkakasan dapur. tengok lencun ke tak baju kamu tu dengan air?baru tak komplen bini bau hanyir,baju basah lencun. kan kalau sama-sama bau,sama-sama basah,sama-sama lah seterusnya masuk ke bilik air ye . :p lagi bahagia,betul tak pakcik Jalil? pakcik pernah tolong isteri pakcik siang ikan tak agaknya ?>.< mesti pernah kan,dah 30 tahun mendirikan rumah tangga bersama.
dan paling best,ayat penutup pakcik Jalil yang berbunyi ; "Selalu terapkan dalam hati bahawa masakan anda adalah pengikat suami.Semakin lazat masakan anda di meja makan,semakin erat pelukan suami di atas katil!"
huhuhu.. malu-malu kucing pula kita baca. ;p pakcik,saya dah pandai masak macam-macam. gulai ikan,sambal tumis udang,sambal ayam,sambal ketam halia,sambal ikan,ikan keli berlada,sayur campur,tomyam campur bla bla bla bla... pakcik kena rasa sambal ketam halia saya,terbaik menjilat jari. perghh.. tapi,feveret pakcik,kari kepala ikan bendi saya tak pernah belajar lah pulak. hehe.
amacam pakcik, agak-agak saya dah boleh kahwin tak?hihihi.. belum kut,semua orang tolong doakan jodoh saya dipermudahkan ye. kami sama-sama sedang kumpul duit. tapi susah nak mencari duit ni. maklumlah full time student. sedih. dua hari lepas dua dua kawan saya benikah. cemburu dan tumpang gembira. doakan saya pula menyusul okei? :)
bye,happi reading. sayang semua. Assalamualaikum.. mmuahh :*
InsyaALLAH..moga2 di cepatkn dan dipermudahkn..banyk OOoo..pahala bila dah kwin ni..hee..
ReplyDeleteHai bini Popeye! :D
ReplyDelete