huii..buntuti aq yer?

akibat tinggikan suara, pada bonda. T__T



Assalamualaikum. Hari ni hari selasa dan aku masih berada di rumah sedangkan kawan-kawan aku dah mengADAkan diri diorang dalam kuliah. hehehe..jangan marah,aku cuti bersebab tau. nak tahu sebab apa?jom baca kesahnya..




al kesah~ 2,3 hari ni aku dalam keadaan stress je memanjang. nak dijadikan cerita ahad malam selepas solat isya'aku masuk lah bilik nak cari kain lebih untuk tutup bodi kereta mak aku. mak aku pon kebetulan dalam bilik tengah guna laptop ade la tanya somting kan dimana aku telah menjawab dengan tegas/kasar.aku ni memang garang,tapi tak patutlah aku wat kat mak aku camtu kan. yeapp,dan ofkos lah my mom terasa kat anak dia ni. huhu~ T___T.




maka,tak sampai satu jam lepas tu,tiba-tiba tekak aku berasa sakit. perit. waktu tidur pulak asyik terjaga je. sebab masa telan air liur,bukan tekak je perit,telinga dan kepala aku pun turut sakit. terutamanya telinga sebelah kanan. SUMPAH,aku tak bohong. memang sangat sakit. dan pagi pun aku berasa nak demam. tengok cermin,tekak merah. akhirnya ke hospital lah aku. kat hospital ada kesah lain pulak. biarkan. yang penting aku disahkan kena tonsil. amboii..macam teruk sangat bunyinya. T_T pung pang pung pang.. hehe




maka,setelah balik dari hospital,aku pun menidurkan diri dengan susah payahnya sambil berendam air mata. sakit wo~ dengan demamnya lagi.badan sejuk,kepala panas. tekak macam berapi! makan bubur dengan memaksakan diri. kalau tak,tak dapat nak makan ubat. lepas makan ubat,tidur lagi. bangun,rasa lega sikit. Alhamdulillah.. dan kini,walau belum sembuh sepenuhnya,walau masih merah lagi tekaknya,aku bersyukur padaMu Tuhan.. :') kalau tidak aku diberi penyakit ini,pasti aku akan terus melakukan kesilapan yang sama. Ampuni hambaMu ini,ampuni anakmu ini,mak.. love u mak.. pasni akak tak buat lagi yer. hehe.. <3 u..




sesungguhnya,setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan bagi orang yang berfikir.. maka,sebagai orang Islam sentiasalah kita beringat,berfikiran positif dan berbaik sangka kerana setiap yang berlaku telah dijanjikan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. thankz Allah,love u n miss u so much. :') please take good care of my mom. :) <3 <3 <3 ingat taw kekawan,jangan tinggikan suara pada orang tua. ;)



thankz readest. May Allah bless us too. <3 
assalamualaikum.

#setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan


0 comments:

Post a Comment