huii..buntuti aq yer?

Gelagat kita yang buat roommate kita benci kita.


Assalamualaikum. Sape antara korang-korang ni yang pernah duduk asrama atau hostel, angkat ketiak cepat ! phewww.. bau tak hengat lahh.. haha.. okei,gurau je. :) "Gelagat Kita Yang Buat Romate Kita Benci Kita" ?? kenapa pulak?bukan selalu orang buat tajuk pasal romate-romate ni camni ke.. "Gelagat Romate Yang buat Kita Benci Dekat Dia" atau.. "Gelagat Romate Yang Buat Kita Rasa Menyampah Dekat Dia" ke.. kan??








Amboi.. sikit-sikit nak kondemm orang je.. nak salahkan orang je.. ape salahnye sekali sekala kita merendah diri jugak,walaupun memang dah rendah atau tak berapa nak rendah macam aku ni haa.. haha.. tak kan tulis blog nak tunjuk kan kebagusann sendiri je.. ye dakk? ape yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman aku dan pengalaman kawan-kawan aku jugak lah. okei,lets chekidout.. mane lah tahu terkena kat batang hidung kita sendiri,kan..





1. asal malam je nak bergelap.
udah malam namenye,bergelap lah tak kan nak tidur pun terang kemain. huhu.. bukan ye puan-puan dan tuan-tuan sekalian,maksudnya di sini pukul 8 malam je dah kena tutup lampu kat siling. alkisahnya,masuk je maghrib korang pun tutup suis lampu kat siling dan pasang lampu meja studi.. yang romate terpinga-pinga.. bila ditanya,korang jawab aku tak suka lampu terang-terang waktu belajar.aku suka belajar gelap-gelap.ada cahaya sikit je. sambil korang menjeling tajam. wakluuuuuu.. 2,3 hari boleh tahan lah jugak. kalau satu sem?tak pasal-pasal romate yang tak rabun tu jadi rabun macam kau jugak.





2.bawa member-member lepak dalam bilik lebih 4 jam.
ni kalau member satu course takpe jugak,kalau tak satu course?pun takpe jugak.. tapi berpada-pada laa.. ni romate duk studi korang layan dangdut lah,korea lah lepas tu gosip kemain kuat.. lepas tu buat-buat macam tak kenal je dengan romate. amboii,bangga sangat ke ramai kawan?kalau buat assignment or studi kira bagus la. tapi kalau setakat nak bersukaria je dan romate dah bagi hint nak tidur,siap baca doa,tarik selimut bagai boleh kau dengan kengkawan kau buat derkkk je? tak patut betul.. kalau dapat jenis letak kepala kat bantal terus tidur takpe,dapat yang pantang dengar bunyi je terjaga tu acaneeee?





3.pinjam duit,pinjam duit,pinjam duit tak pulang-pulang dan pinjam lagi. -..-
hoh,becakap pasal pinjam duit,aku pun pernah pinjam duit. tapi takdelah muka tembok arini pinjam 10,esok pinjam lagi 10. tak pulangkan lagi tapi kita pergi lagi pinjam kat romate 50. romate pun muka baik je.. mintak pinjam 100 pun bagi lagi. last-last jadi beribu. kaya lah kau. pulangkan 20 ringgit. esoknya pinjam lagi 200. yang ni tak tahu nak salahkan kita yang meminjam atau romate tu yang bebal sangat. baik sangat. kena pijak pun tak sedar. tapi  bagusla,banyak pahala dia dapat. mulut ternganga pun dapat jugak. tapi korang yang amik kesempatan tu kena ingat,kalau kita mati tak bayar hutang faham-fahamlah roh kita tergantung-gantung di langit nanti. huhu.. takuttttt..





setakat ni amacam?ada tak yang terkena dengan diri kita?renung-renungkan.. kalau takde bagus lah.. tapi lepas ni ada lagi beberapa gelagat yang aku nak updates.. mana tahu gelagat-gelagat yang aku akan kupaskan lepas ni pernah kita-kita buat tapi tak sedar dah menyusahkan romate kita.. huhu.. keep waiting oke dear..? :) enjoy reading.. assalamualaikum.. <3




fahrin,pengantin,perkahwinan,anak. ??



Assalamualaikum.. wuwuwu.. :'( selamat pengantin baru aku ucapkan buat FAHRIN AHMAD.. nampaknye tiada jodoh antara aku dengan dia. redho jela noks. -.-' dari kecik lagi aku minat dia berlakon. sekarang aku dihampakan. tidakkkkk....!!! *amik terung,hunus dada tanda frust. oke,stop. haha.. lagi beberapa hari je lagi tahun 2012 akan meninggalkan kita. dah namenye hujung tahun yang bersamaan cuti sekolah ni ape lagi program yang lazim orang kita buat kalau bukan meraikan pengantin baru,ye dak?sebut pasal perkahwinan,mesti ada suami,ada isteri. kahwin,ialah jambatan yang menghubungkan antara dua buah keluarga. jangan ingat kepentingan keluarga sendiri je,keluarga pasangan kau buat macam halimunan. hempuk sekali,nak?




InshaAllah..seterusnya bakal menimang cahaya mata. seorang,dua orang,dan mungkin berderet. menjadi penyeri dalam keluarga. anak itu rezeki kata orang. dibentuk,dilentur.. sebelum menjadi keras. sebab tu orang melayu kita ada pepatah "hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya" <------ ayat paling popular aku gunakan mase buat karangan BM.terbaikkkk.. hehe.. tapi,tak semua orang bernasib baik dikurniakan anak dengan segera. ada yang menunggu setahun,dua tahun,lima tahun,sepuluh tahun,lima belas tahun.. hanya Allah yang mengetahui sebab musababnya.. usaha,doa,tawakal,redha dan ikhlas,okei? :)




pfftttt~ apakah yang sedang aku cuba sampaikan ni?bagaikan seorang motivator,fadzIZZAH kamsah. atau don danIZZAH?atau mungkin ustazah IZZAHar idrus.. hehe..  dah lama tak menulis,mudah-mudahan masih ada yang setia ternantikan karya hasil jari-jemari aku menari-nari cantek duk adaaa kat keyboard ni. :) harap-harap lepas ni makin banyak aku menaip. InsyaAllah.. :) buat kepuasan diri sendiri,dan juga tatapan para pembaca. acewaaahhhh.. macam ado je?non hado betul lahh.. haha.. :D




hah,alang-alang aku cakap pasal perkahwinan ni,baik aku selitkan sekali gambar abang saudara aku yang baru bernikah pada 8 hb haritu. orangnya hitam manis macam buah manggis. haha.. muhd noor firdaus nama nya. umur 25 tahun. sejak kewujudan aku di dunia ni,boleh dibilang dengan jari berapa kali aku pernah berjumpa dengan dia. ada lah 5,6 kali. orangnya baik. baik dari luar dan InsyaAllah baik juga dari dalam. :) isteri abang daus ni pun cantik,manis,sejuk mata memandang. bagai pinang di belah dua pasangan pengantin ni. mudah-mudahan kekal hingga ke syurga. aminn~






abg daus : aumm.. pandai isteri abg mamam.
isteri : hihi.. malunye..
abg daus : abg pun malu-malu juga ni. sampai tertutup mata abg. hihi.



hahahaha... aku sendiri jadi malu-malu kuceng reka ayat gambar nih. amboi,verangan mat jenin lah tu. hihihi.. >.< takpe,angan-angan tu pun sebahagian dari cita-cita juga kan. langkah awal untuk berusaha. haha. usaha ape kamuuuuuu ni? usaha tangga kejayaan.. gigih nauuuuu :D okei,ckuplah sampai ni dulu. jumpa lagi. Assalamualaikum. <3


#usaha,doa,tawakal,redhadanikhlas#



akibat tinggikan suara, pada bonda. T__T



Assalamualaikum. Hari ni hari selasa dan aku masih berada di rumah sedangkan kawan-kawan aku dah mengADAkan diri diorang dalam kuliah. hehehe..jangan marah,aku cuti bersebab tau. nak tahu sebab apa?jom baca kesahnya..




al kesah~ 2,3 hari ni aku dalam keadaan stress je memanjang. nak dijadikan cerita ahad malam selepas solat isya'aku masuk lah bilik nak cari kain lebih untuk tutup bodi kereta mak aku. mak aku pon kebetulan dalam bilik tengah guna laptop ade la tanya somting kan dimana aku telah menjawab dengan tegas/kasar.aku ni memang garang,tapi tak patutlah aku wat kat mak aku camtu kan. yeapp,dan ofkos lah my mom terasa kat anak dia ni. huhu~ T___T.




maka,tak sampai satu jam lepas tu,tiba-tiba tekak aku berasa sakit. perit. waktu tidur pulak asyik terjaga je. sebab masa telan air liur,bukan tekak je perit,telinga dan kepala aku pun turut sakit. terutamanya telinga sebelah kanan. SUMPAH,aku tak bohong. memang sangat sakit. dan pagi pun aku berasa nak demam. tengok cermin,tekak merah. akhirnya ke hospital lah aku. kat hospital ada kesah lain pulak. biarkan. yang penting aku disahkan kena tonsil. amboii..macam teruk sangat bunyinya. T_T pung pang pung pang.. hehe




maka,setelah balik dari hospital,aku pun menidurkan diri dengan susah payahnya sambil berendam air mata. sakit wo~ dengan demamnya lagi.badan sejuk,kepala panas. tekak macam berapi! makan bubur dengan memaksakan diri. kalau tak,tak dapat nak makan ubat. lepas makan ubat,tidur lagi. bangun,rasa lega sikit. Alhamdulillah.. dan kini,walau belum sembuh sepenuhnya,walau masih merah lagi tekaknya,aku bersyukur padaMu Tuhan.. :') kalau tidak aku diberi penyakit ini,pasti aku akan terus melakukan kesilapan yang sama. Ampuni hambaMu ini,ampuni anakmu ini,mak.. love u mak.. pasni akak tak buat lagi yer. hehe.. <3 u..




sesungguhnya,setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan bagi orang yang berfikir.. maka,sebagai orang Islam sentiasalah kita beringat,berfikiran positif dan berbaik sangka kerana setiap yang berlaku telah dijanjikan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. thankz Allah,love u n miss u so much. :') please take good care of my mom. :) <3 <3 <3 ingat taw kekawan,jangan tinggikan suara pada orang tua. ;)



thankz readest. May Allah bless us too. <3 
assalamualaikum.

#setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan# 


pencari designer blog.



Assalamualaikum.
Hai,selamat pagi..

Yup,aku ingin mencari seseorang yang boleh menolong aku untuk membuat blog baharu,dengan bayaran/upah tertentu yang dimahukan dan dipersetujui bersama.

tujuan blog baharu tu ialah untuk membuka blogshop online.err..sebenarnya boleh je buat sendiri,tapi malas nak mengadap laptop lama-lama.

Jadi,sesiapa yang berminat untuk mengasah bakat atau mencari duit sampingan atau nak topup free ke,atau niat ikhlas ke..ngeee~ haha,boleh lah reply aku eh..

aku bercadang untuk membayar orang yang sudi designer blog baru untuk aku tu dalam rm30. sekiranya mahu lebih atau kurang adalah tertakluk pada perbincangan bersama. chewaahh.. :)

sekian,terimakasih.



Assalamualaikum. Oh,sekejap je cuti ni sampai ke penghujungnya. esok dah kena balik ke asrama yang terCINTA sangat tu. rindu pada kawan-kawan.but thiz sem pasti tak sama. Si dia dah meneruskan semester baru di rembau pulak. ouh,pasti tak sama,pasti tak sama. kalau dulu ke mana-mana je boleh ajak dia teman,terutamanya time urgent. oh oh dan oh. lagi-lagi dah nak puasa ni then raya. kenapa lah course dia tak dua semester di sini? ohhh..tuan pengarah,pliss panggil semua student di rembau tu balik semula ke sungai buloh. plisss~ haha,okei aku dah stat meroyan.



then monday,come to class as usual n lepaking. of corse! cott cett cott cett with friends. and also,new intake students will come register on this monday n hello junior,i'll raging you on thursday. this is special welcome  for ppkp junior. hehehehe (gelak jahat).



dan dengarnye,junior pka akan di-orientasi oleh JPP PKA dari rembau. its really true? if yess,thats mean the five JPP will come from rembau to sg.buloh n thats mean i can meet him -mr.R- cause he is JPP for PKA. :)
syukur.. both of we is jpp. JPP lah sangat. aiiii~ hope he still hold JPP title for this sem. mudah-mudahan. kalau dia ada kat sini this sem kan best boleh buka puasa n terawikh sama-sama. <3 tak ape,its oke. ini yang terbaik. :) thanks guys for reading. love yar.



*jpp is jawatankuasa perwakilan pelatih.



#PKA dan PPKP adalah di bawah lembayung yang sama. peace keyh?smile#



kek cokelat kukus.


Assalamualaikum. huhu.. lamanya aku tak menaip. Al-maklum lah kesibukan dan kemalasan yang melebihi ketinggian gunung Everest.haha.. tak payahla bagi introduction panjang-panjang ek,terus jelah ke perincian yang sebenar-benarnye. lagipun hari dah malam,esok pagi nak bangun awal, ouh yeahh i have trip to kelantan. first time,ahakss.. :) meh dekat-dekat, rapat-rapat,jemput tengok gambar yang bakal dipersembahkan di bawah ini. taraaa~




kek cokelat kukus yang lembut dan gebu tapi sedikit pahit topingnye. :p





sedap tak?menggairahkan tak?wahahei~ bahasa apakah yang telah aku gunakan? hehe.. okei,now i'll tell u how to make the chocolate kukus cake. *haram jadah la broken inggeris aku pakai ni,janji makcik pakcik sekalian faham sudah la kan~ ;)


Bahan-bahan
1.Tepung gandum  -> 2 cawan
2.Serbuk koko  -> 1 cawan
3.Baking powder  -> 1 camca
4.Soda bikarbonat   -> 1 camca
5.Gula castor  -> 1 cawan
6.Susu pekat manis  -> 1 cawan
7.Minyak masak  -> 1 cawan
8.Telur ayam  -> 2 biji
9.Air panas mendidih  -> 1 cawan


Arahan ringkas
1. Ayak bahan 1,2,3,dan 4 bersama dalam satu loyang atau mangkuk besar atau besen ikut sukahati korang waima baldi pun boleh. Kemudian masukkan bahan 5 iaitu gula kastor yerr..
2. Blander bersama bahan 6,7 dan 8 lebih kurang 10 minit. Jangan blander direct je non-stop takut hangit nanti okeiii mak enonn.Setelah itu campurkan dengan bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula air panas yang mendidih tadi dan kacau lagi dan lagi dan lagi.
4. Akhir sekali boolehla masukkan adunan ke dalam loyang dan dikukus selama 45 minit. Lebih afdal jika loyang anda berukuran 10" x 10".




emm emm nyummy~ jilat bibir temngok gamba ni. ahakss..




okeilah,sampai disini dulu. salam sayang untuk korang semua.selamat berhujung minggu dan rajin-rajinkan diri cuba resepi yang aku kongsikan ni. tak rugi,untuk isteri-isteri tu,rajin-rajinkan diri buat dan bagi suami makan,insyaAllah makin terpikat,makin sayang. salam semanis kurma..haha~ *what the aku nihh?



Assalamualaikum. love, <3

cuci mata cuci perut je.


Assalamualaikum. Entri kali ini tak nak cakap banyak. sungguh,tak tipu. kalau sebelum ni siap bagi resepi bagai  (meh klik sini)  kali ni just nak tunjuk antara lauk yang aku masak untuk cuti ni. :)




ikan keli goreng cili padi. pedas pedas manis. :) uhmm.. hihi




taugeh dan kucai masak kicap air. p/s : taugeh bukan feveret aku. erkkk




gulai ayam yang berlemak lemak. mak aiiii~



okeh,itu saja. cekedout dulu. Assalamualaikum.. :)