huii..buntuti aq yer?

akibat tinggikan suara, pada bonda. T__T



Assalamualaikum. Hari ni hari selasa dan aku masih berada di rumah sedangkan kawan-kawan aku dah mengADAkan diri diorang dalam kuliah. hehehe..jangan marah,aku cuti bersebab tau. nak tahu sebab apa?jom baca kesahnya..




al kesah~ 2,3 hari ni aku dalam keadaan stress je memanjang. nak dijadikan cerita ahad malam selepas solat isya'aku masuk lah bilik nak cari kain lebih untuk tutup bodi kereta mak aku. mak aku pon kebetulan dalam bilik tengah guna laptop ade la tanya somting kan dimana aku telah menjawab dengan tegas/kasar.aku ni memang garang,tapi tak patutlah aku wat kat mak aku camtu kan. yeapp,dan ofkos lah my mom terasa kat anak dia ni. huhu~ T___T.




maka,tak sampai satu jam lepas tu,tiba-tiba tekak aku berasa sakit. perit. waktu tidur pulak asyik terjaga je. sebab masa telan air liur,bukan tekak je perit,telinga dan kepala aku pun turut sakit. terutamanya telinga sebelah kanan. SUMPAH,aku tak bohong. memang sangat sakit. dan pagi pun aku berasa nak demam. tengok cermin,tekak merah. akhirnya ke hospital lah aku. kat hospital ada kesah lain pulak. biarkan. yang penting aku disahkan kena tonsil. amboii..macam teruk sangat bunyinya. T_T pung pang pung pang.. hehe




maka,setelah balik dari hospital,aku pun menidurkan diri dengan susah payahnya sambil berendam air mata. sakit wo~ dengan demamnya lagi.badan sejuk,kepala panas. tekak macam berapi! makan bubur dengan memaksakan diri. kalau tak,tak dapat nak makan ubat. lepas makan ubat,tidur lagi. bangun,rasa lega sikit. Alhamdulillah.. dan kini,walau belum sembuh sepenuhnya,walau masih merah lagi tekaknya,aku bersyukur padaMu Tuhan.. :') kalau tidak aku diberi penyakit ini,pasti aku akan terus melakukan kesilapan yang sama. Ampuni hambaMu ini,ampuni anakmu ini,mak.. love u mak.. pasni akak tak buat lagi yer. hehe.. <3 u..




sesungguhnya,setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan bagi orang yang berfikir.. maka,sebagai orang Islam sentiasalah kita beringat,berfikiran positif dan berbaik sangka kerana setiap yang berlaku telah dijanjikan oleh Allah ada hikmah disebaliknya. thankz Allah,love u n miss u so much. :') please take good care of my mom. :) <3 <3 <3 ingat taw kekawan,jangan tinggikan suara pada orang tua. ;)



thankz readest. May Allah bless us too. <3 
assalamualaikum.

#setiap kesusahan ada nikmat, dan setiap nikmat akan ada kesusahan# 


pencari designer blog.



Assalamualaikum.
Hai,selamat pagi..

Yup,aku ingin mencari seseorang yang boleh menolong aku untuk membuat blog baharu,dengan bayaran/upah tertentu yang dimahukan dan dipersetujui bersama.

tujuan blog baharu tu ialah untuk membuka blogshop online.err..sebenarnya boleh je buat sendiri,tapi malas nak mengadap laptop lama-lama.

Jadi,sesiapa yang berminat untuk mengasah bakat atau mencari duit sampingan atau nak topup free ke,atau niat ikhlas ke..ngeee~ haha,boleh lah reply aku eh..

aku bercadang untuk membayar orang yang sudi designer blog baru untuk aku tu dalam rm30. sekiranya mahu lebih atau kurang adalah tertakluk pada perbincangan bersama. chewaahh.. :)

sekian,terimakasih.



Assalamualaikum. Oh,sekejap je cuti ni sampai ke penghujungnya. esok dah kena balik ke asrama yang terCINTA sangat tu. rindu pada kawan-kawan.but thiz sem pasti tak sama. Si dia dah meneruskan semester baru di rembau pulak. ouh,pasti tak sama,pasti tak sama. kalau dulu ke mana-mana je boleh ajak dia teman,terutamanya time urgent. oh oh dan oh. lagi-lagi dah nak puasa ni then raya. kenapa lah course dia tak dua semester di sini? ohhh..tuan pengarah,pliss panggil semua student di rembau tu balik semula ke sungai buloh. plisss~ haha,okei aku dah stat meroyan.



then monday,come to class as usual n lepaking. of corse! cott cett cott cett with friends. and also,new intake students will come register on this monday n hello junior,i'll raging you on thursday. this is special welcome  for ppkp junior. hehehehe (gelak jahat).



dan dengarnye,junior pka akan di-orientasi oleh JPP PKA dari rembau. its really true? if yess,thats mean the five JPP will come from rembau to sg.buloh n thats mean i can meet him -mr.R- cause he is JPP for PKA. :)
syukur.. both of we is jpp. JPP lah sangat. aiiii~ hope he still hold JPP title for this sem. mudah-mudahan. kalau dia ada kat sini this sem kan best boleh buka puasa n terawikh sama-sama. <3 tak ape,its oke. ini yang terbaik. :) thanks guys for reading. love yar.



*jpp is jawatankuasa perwakilan pelatih.



#PKA dan PPKP adalah di bawah lembayung yang sama. peace keyh?smile#



kek cokelat kukus.


Assalamualaikum. huhu.. lamanya aku tak menaip. Al-maklum lah kesibukan dan kemalasan yang melebihi ketinggian gunung Everest.haha.. tak payahla bagi introduction panjang-panjang ek,terus jelah ke perincian yang sebenar-benarnye. lagipun hari dah malam,esok pagi nak bangun awal, ouh yeahh i have trip to kelantan. first time,ahakss.. :) meh dekat-dekat, rapat-rapat,jemput tengok gambar yang bakal dipersembahkan di bawah ini. taraaa~




kek cokelat kukus yang lembut dan gebu tapi sedikit pahit topingnye. :p





sedap tak?menggairahkan tak?wahahei~ bahasa apakah yang telah aku gunakan? hehe.. okei,now i'll tell u how to make the chocolate kukus cake. *haram jadah la broken inggeris aku pakai ni,janji makcik pakcik sekalian faham sudah la kan~ ;)


Bahan-bahan
1.Tepung gandum  -> 2 cawan
2.Serbuk koko  -> 1 cawan
3.Baking powder  -> 1 camca
4.Soda bikarbonat   -> 1 camca
5.Gula castor  -> 1 cawan
6.Susu pekat manis  -> 1 cawan
7.Minyak masak  -> 1 cawan
8.Telur ayam  -> 2 biji
9.Air panas mendidih  -> 1 cawan


Arahan ringkas
1. Ayak bahan 1,2,3,dan 4 bersama dalam satu loyang atau mangkuk besar atau besen ikut sukahati korang waima baldi pun boleh. Kemudian masukkan bahan 5 iaitu gula kastor yerr..
2. Blander bersama bahan 6,7 dan 8 lebih kurang 10 minit. Jangan blander direct je non-stop takut hangit nanti okeiii mak enonn.Setelah itu campurkan dengan bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula air panas yang mendidih tadi dan kacau lagi dan lagi dan lagi.
4. Akhir sekali boolehla masukkan adunan ke dalam loyang dan dikukus selama 45 minit. Lebih afdal jika loyang anda berukuran 10" x 10".




emm emm nyummy~ jilat bibir temngok gamba ni. ahakss..




okeilah,sampai disini dulu. salam sayang untuk korang semua.selamat berhujung minggu dan rajin-rajinkan diri cuba resepi yang aku kongsikan ni. tak rugi,untuk isteri-isteri tu,rajin-rajinkan diri buat dan bagi suami makan,insyaAllah makin terpikat,makin sayang. salam semanis kurma..haha~ *what the aku nihh?



Assalamualaikum. love, <3

cuci mata cuci perut je.


Assalamualaikum. Entri kali ini tak nak cakap banyak. sungguh,tak tipu. kalau sebelum ni siap bagi resepi bagai  (meh klik sini)  kali ni just nak tunjuk antara lauk yang aku masak untuk cuti ni. :)




ikan keli goreng cili padi. pedas pedas manis. :) uhmm.. hihi




taugeh dan kucai masak kicap air. p/s : taugeh bukan feveret aku. erkkk




gulai ayam yang berlemak lemak. mak aiiii~



okeh,itu saja. cekedout dulu. Assalamualaikum.. :)


resepi tomyam suka sukiku ;)



Assalamualaikum. yeahh.. hari isnin yang indah sebab tak perlu ke kelas dan dapat bangkit pukul 11 pagi. cuti midsem seminggu woii. Hohoho.. bertambah indah apabila kerja menyidai kain telah dilaksanakan oleh abang sulung. hehe. meseyh, meseyh.. ;) jadi tugas yang tinggal adelah masak nasi dan tomyam. maka tanpa mandi dan tanpa ragu ragu lagi, aku menuju ke peti ais untuk melihat ape yang ada. ouh, ade sayur carrot dengan kubis je? hum... tak meriah lah tomyam aku camni. jagung kecik dengan kubis bunga takde lah pulak.. TOMATO pun takde? chaiss~ kecewa dibuatnye. humm..





resepi tomyam sesuka hati aku. :

bawang merah, bawang putih.
serai 2,3 batang.
cili beberapa biji.

ayam yang telah dipotong kecil.
udang sais besar/sederhana.
lobak merah yang dipotong bulat/serong.
kubis bunga dan sebagainye yang bernama sayur. 

beberapa helai daun limau purut.
air asam jawa.
2 kiub perencah tomyam.


cara-cara memasak :

tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk dengan lesung batu. tak kan dengan tangan pulak,kan?hehe.. dah naik bau tu,masukkan kiub tomyam. goreng goreng sikit,masukkan serai. then,masukkan ayam dulu supaya ayam tu masak luar dan dalam. hahaha. dalam 4,5 minit masukkan air.agak agak dalam 4 cawan. hohoho.. aku ni hantu kuah sup jadi kenalah lebih sikit. masukkan air asam secukup rasa,dan sayur sayuran. letak sayur yang keras dulu. lepas tu boleh lah bubuh udang, bubuh cili.tunggu sampai menggelegak.lain orang lain cita rasanya. ada yang suka masam lebih, ada yang suka pedas lebih. ada yang suka sayur banyak, ada yang suka sotonglah,ketam lah.macam macam hal.. hohoho.





mana yang nak masam lagi,tambahlah perahan asam limau. kalau takde jugak,letak asam keping pun boleh. kalau takde jugak,letak je lah air peluh korang. kikikiki~ melawak je. nak pedas lagi letaklah cili padi. alrite?tapi kalau ada gastrik macam aku ni, jangan carik pasal lah. tapi selera masing masing ye tak? bedal je.. janji puas. slurppp.. sementara tunggu tomyam masak tu boleh lah kita masak nasi dulu sambil membasuh pinggan mangkuk yang penuh di singki yer tuan tuan dan puan puannnn. nak membasuh baju pun boleh. hehe.. lepas da siap boleh la hidangkan kat atas meja makan sambil menadah telinga dengar kritikan kritikan dari tukang rasa. kalau banyak sangat komennye,tonyoh je cili padi tu.





eh jap jap,setakat cakap je.. modal sembang bolehlah.. okei okei nak tunjuk bukti lah ni mak enon oi.. jap eh nak upload gambar tomyam hasil air tangan aku tadi. taraaa~




dap nyer~ dap nyer~








nyumm nyumm ! :)




ngeee~ camne? lulus tak? lulus lah kan.. adik dengan mak aku cakap sedap. yang sebenarnya aku sendiri tak makan lagi walaupun hari dah masuk maghrib. hoho.. sebabnya aku ni kalau masak sendiri memang aku tak kan makan.. kena tunggu beberapa jam baru aku makan masakan aku sendiri. penyakit ke ape?okei lah.. lapa sangat dah ni. nak pergi makan lah. nak panaskan tomyam ni kaw kaw,pastu curah kuah dia sampai banjir dalam pinggan. uhmm uhmm sedapnya. im lovin it! hehe..




dia : dah mandi belum?
aku : belummm.. saya baru lepas masak.
dia : ae?masak ape?mesti sedap sebab tak mandi lagikan?hahahaha *kureng asam je dia ni ouh.
aku : tomyam ayam dgn udang.
dia : sedap. nak sikittt..
aku : sikit je?camtu saya bagi awak bawang jelah.
dia : kalau saya yang masak,saya bagi awak kuah je.hahaha..



banyak betul hahahaha awak kan pakcik?eee~ geram. err.. stori diatas telah di edit supaya tiada yang muntah kuning,biru,hijau dan sebagainya tatkala membaca perbualan kami. hehe.okei,mintak izin nak mengisi perut dulu. adios~




thanks sudi baca. :) Assalamualaikum.



kek pelangi kek belang.



Assalamualaikum.. yuhuu.. salam Maulidur Rasul buat semua umat Islam.. :) baiklah kali ni aku nak ajar korang resepi kek pelangi atau kek belang. perghh.. da macam rancangan masak memasak lah pulak. ahakss.. sebab ape aku pilih kek pelangi ni untuk dimasukkan dalam blog? sebab aku expert buat kek ni. ahakk poyo amat pulak. ngeee~ sebenarnye kalau bab kek memang kek pelangi ni lah paling aku pandai dan selalu buat. jadi,tak salah nak share dengan pembaca sekalian,kan? :)




Bahan-bahan

2 cawan marjerin.
2 cawan gula kisar halus.
3 cawan tepung gandum (digoreng tanpa minyak).
5 biji telur ayam.
1/2 cawan susu ideal.
secamca baking powder.

*tepung tu kita goreng tanpa minyak dulu sebab nak bagi dia ringan. bukan ringan-ringan taw. hehe.

*susu tu ikut suka. nak pakai susu krim ke tepung ke,boleh je. janji campur air dan gaul sikit,okei. :)




Cara-cara.

pukul marjerin dengan gula halus hingga kembang dalam mangkuk. bila dah kembang dan warna dia nampak macam putih krim tu, masukkan telur + baking powder dan susu. teruskan mengacau,okei. kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit,gaulkan rata. bahagikan adunan kepada tiga bahagian iaitu masukkan dalam mangkuk berlainan. kalau macam saya, satu bahagian saya buat warna hijau, satu bahagian saya buat warna merah, dan satu lagi warna asal kek tu. lepas tu masukkan dalam loyang pembakar secara berselang seli. :) bakar dalam suhu 180 - 200 degree okei. :)










amacam? okei tak? sedapnya.. nyumm nyumm !!





hihi.. sambil tunggu kek siap, sempat lagi updates entri ni. *nak menunjuk yang dia baru lepas buat kek lettewww~ haip haipp.. tak moh mengata eh. hehe. ape salahnya sambil tunggu kek siap, layan blog dulu. nanti aku upload gamba kek pelangi yang da siap tu eh? errr.. sebenarnya kek pelangi ke kek belang? mana-mana pun boleh.. sama je. janji dia warna warni. hehe. eh eh.. macam ada bau something la korang. bau hangit je ni.. kek hangit ke atau  korang yang bau hangit ni? ahak.. psss psss~ gua chow dulu lah eh.






selamat berpraktikal dan selamat berhujung minggu tau. 






Assalamualaikum. sayang u olls. >.<


gua nak pigi mandi dulu. :p