huii..buntuti aq yer?

cinta semusim. mengaku jelah itu memang korang.



Assalamualaikum. woahh. lama dah tak menaip. sihat? humm.. seronok nya dapat cuti 4 hari. tapi hati pedih sikitlah sebab kena dengar bebelan nenek aku kat rumah ni.. haii~~ CINTA SEMUSIM ? apakah? tajuk nak jiwa-jiwa je kan? hehe. layan kan je lah eh u olls.. 






sekarang ni mesti ramai yang tengah bercinta,kan. aku suppose entri aku kali ni untuk budak budak remaja macam aku lah. :) yang masih bergelar seorang student. TAK PERNAH bercinta..? iya ke?siyes ni..? *sambil mata mencerun pandang korang. hehe. tapi aku yakin daripada 10 orang pembaca blog aku, 8 daripadanya mesti pernah bercinta. kan?kan? tak kira lah korang budak sekolah ke, kolej ke, universiti ke, kerja ke, penganggur ke, mesti ada pengalaman punya. wiwiwiwiiiii~ budak sekolah rendah pun ade yang bercinta weiii~







kalau tak pernah bercinta pun, mesti korang pernah suka seseorang,kan?tak kisah la dah lama ke, 10 tahun lepas ke, atau mungkin sekarang ni korang tengah feeling feeling in love kut?haha.. tu kenapa pulak senyum senyum tu? ingat lawa? dah macam kerang busuk pulak aku tengok. hehe.. jadi aku nak tanya lah pada korang yang sedang bercinta ni, adakah si dia tu masih orang yang sama, masihkah pasangan korang yang korang bercinta dua or tiga tahun lepas?kalau masih orang yang sama, tahniah. korang bukanlah termasuk dalam pasangan cinta semusim ni. nak tips boleh? hehe






as korang pun tahu, (tak tahu pun takpe,kita belajar sama sama) kita ada EMPAT musim. musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.tapi kita kat Malaysia ni selalu duk sebut sebut musim buah kan. camne tu? kenapa tak termasuk dalam buku teks geografi tingkatan dua dulu,eh?konpius aku. mungkin kementerian pendidikan boleh pertimbangkan. hehe. oke,aku mengarut je. -.-






berdasarkan pengalaman dan juga kisah cinta orang lain, aku percaya cinta kita budak budak remaja ni cuma cinta semusim  je. mula-mula berkenalan, berkawan semua bagai, then couple. masa couple, orang tu lah the best, orang tu lah paling cantik, paling baik, paling the boomm. tapi tak lama mana, mesti putus. couple, putus, couple, putus tu memang lumrah lah. akal tak matang lagi. tak kira lah budak sekolah ke, budak u ke, kolej ke.. aku pun tak terkecuali la. tettt~ couple 5,6 bulan putus ahh.  ade sekali tu berteman tapi mesra setahun, pastu berpisah arr.. haha.









macam musim bunga lah. mula mula keluarkan putik,keluarkan pucuk. baru berkenalan kiranye. tiba masa, keluarlah bunga yang indah dan cantik. kembang mekar dan harum je. berwarna warni menawan hati. ni dah boleh diumpamakan macam saat saat sedang bercinta lah. hehe.. pandai pandai je aku. kalau boleh semua pasangan tak nak musim bunga ni berakhir. yelah, sebab indah,kan.. masa ni muka berseri seri je. orang kata dalam hati ada taman. hehe.. tapi  jangan lupa, lepas musim bunga, musim luruh pula akan menyusul. daun daun dan bunga yang indah tu akan mula layu dan akhirnya gugur ke tanah. sama lah macam pasangan bercinta ni. mana yang tak bertahan tu, akan terputus di tengah jalan. 







alkesahnya malam tadi aku duk blog walking, tengok ramai kawan aku yang sedang patah hati, yang baru lepas clash. mak aku pun sama duk blog walking whoii. dia komen : "biasalah cinta semusim.. tak kekal lama. tiap satu sem bercinta dengan orang lain" aiyakk~ agak terasa di situ. haha. ape tak nye, dulu aku pernah kapel dan tahan satu sem je. haha.. aku pikir pikir betul jugak cakap mak aku tu. macam kawan baik aku, tiga sem aku kenal dia, 3 kali dia cople n putus. huhu.. kesian. tapi dia yang sanggup macam tu. kalau tak sanggup hadapi kecewa dan perit nya putus cinta, jangan bercinta..!







apepun, cinta semusim ni memang tak lari dari kita remaja remaja ni. memang perit bila cinta yang diharapkan tak kesampaian. sakit lagi bila luka di hati tu ditambah cuka. sedikit sebanyak akan meninggalkan parut,kan? tapi percayalah, mesti ada hikmahnya. banyak lagi insan lain di muka bumi ni, bukan dia seorang je. kadang kadang kita akan dapat pasangan yang salah dulu sebelum kita dapat pasangan yang tepat. kenapa dapat pasangan yang salah dulu?kenapa tak dipermudahkan? sebabnye.. Tuhan nak kita pelajari sesuatu,sayang. dan percayalah. andai dia memang jodoh kita, dia akan kembali pada kita. ingat, cinta ni macam musim juga. seperti musim bunga. walaupun musim bunga akan berakhir, dia akan kembali semula pada tahun hadapan. jadi, kalau ada jodoh, adalah.. :) jangan bimbang ya sayang?







*adakah aku mengharapkan jodoh aku dengan ex-lama kembali semula? --> NONSENSE ! tak hingin aku. :))))) hahaha.





okeilah, aku berundur diri dulu. thankz for reading. :) mana silap dan salah tu, harap di maafkan. :)
bhaii. sayang korang! muahh sikit. heee >.<




assalamualaikum.






blogger malas menulis?

okei,hari dah malam. dah tiga hari cuti. tapi tak sempat nak updates entri. sampai je rumah,esoknya terus balik kampung. hari ni dah isnin. esok selasa. sempat ke aku nak sediakan kelengkapan balik kolej? ahhh... kusut.. menaip pun macam takde feel. rabu lak akan menyusul. petangnya balik ke asrama. kelas dua hari khamis,jumaat then cuti dua hari lagi. trenggggg~ trengggg~ tibe tibe lak tesenyum sorang sorang. apekehal? heheh.. seronoknye cuti lagi.  :) boleh lepak lepak atas katil. atau berjotting. :D hihik





takde ape pun isu yang baru yang ingin ditulis. mungkin sebab mengantuk. atau keletihan. atau.. mungkin hati tiada disini. dicuri kah? hehek.. *malu sendiri. >.<





ahha.. sempena hari ni hari tahun baru cina, aku nak kongsi citer sikitlah yang aku pun makan besar gak arini. makan nasi kerabu. kat kampung. siyess sedap weiii~ Mak Cho aku buat kan. thankz Mak Cho dan para pembantunye. hehe. tahun depan boleh arr masuk Master Cheff dah. kehkehkeh. dan sebelum pulang tu, merasa jugaklah angpau. atuk aku bagi rm10. manyak syiokk woo sebab dia warna merah. rase macam aku ni ade atuk chinese pulak. kehkehkeh. gerenti kena sekeh kalau atuk aku tahu.





sebabnyeee.. atuk aku gelap kot. TAPI dia hensem taw. manis jee. siyes nih, tak tipu.. dia pandai wat lawak. dia kalau bab menganjeng memang bagi kat dia. ayat dia pedas tu pedas tapi rase nak tegelak tu mesti ade. kira hebatlah kalau berkias kias tu. nak tergelak sokmo walaupun muka dah merah padam menahan malu dan bengang. tapi kadang-kadang buat buat gelak jee.. hehehe.. jap jap, tadi aku sempat gak snap gambar dgn atuk aku. tengok ehh..





atototototo~ shuwettt :D




amacam? ade stok stok muka keluarga bahagia tak?ke aku ada gaya isteri muda? hahaha. mapuh kena kejar dgn opah aku. tapi tadi semua pakat gelak woii lagi lagi opah aku bila aku ckap aku macam isteri muda atuk jerr. sempoii lah opah,kan?ko hado?? hehe..





calon ibu misali. kehkeh





p/s~ kalau tengok kan gambar orang sebelah aku ni,dah macam merangkap madu aku lah pulak yer? huahaha.. hebat tok ijadd nih. ramai peminat. hehe. ni cousin aku. beloved cousin. baru perasan yang aku tak pernah mention pasal dia sebelum nih kat blog. hehe. maap yer. ni dah siap enterprem lagi gamba kau. suka tak? suka tak? hehe.. dia ni cantik. tapi dia suka cakap dia tak cantik. kemonn lah. apepun, aku syg ko !





wah wah wah..
kemain lah aku ni,kan. mula mula macam takde mood je nak menaip. kemain lagi macam lembik jer. tak tahu nak menaip ape. sekali dah taip, meluncur laju pulak ayatnye. hehe. thats why lah  blog nih blog
tari jariku di papan kekunci. sesuai tak? hihik. auw~ shamed lah saya! >.<






hum.. okeilah sampai sini dulu. kalau ade readers yg baca blog cik tari nih, harap-harap korang semua sihat. yang sakit jaga diri,tau. Alhamdulillah,aku pun baru je baik dari demam. tapi tak bermaksud yang kita boleh leka dan bangga diri sebab orang lain sakit kita tak sakit sakit. ingat,roda itu kan sentiasa berpusing. :)






okeiii~ salam sayang semuanya.
Assalamualaikum.. :)



#hargaisenangsebelumpayah#
#hargaipayahsebelumparah#


JKO.

Assalamualaikum. hiii. :) *sambil senyum sorang-sorang.
Esok bermulalah tugas aku sebagai seorang JKO. JKO tu ape? JKO tu maksudnya ialah Jawatankuasa Orientasi. di pusat pengajian lain aku pasti yang JKO ni lebih dikenali sebagai FASILITATOR@fasi, kan? aku dulu pun masa baru masuk kolej ni macam blurr je bila dorang duk sebut JKO nih. dan kecelaruan semakin melanda bila pensyarah dipanggil fasi. hehe. siyess aku keliru.



maklumlah lain padang, lain belalangnya, kan? hee.. nak jadi seorang JKO di kolej ni kena lalui sesi temuduga. Aku sangat excited okeii masa interview tuh. dan Alhamdulillah, aku terpilih. tapi, bila dah duduk rumah lama sangat sebab cuti sem, perasaan nak jadi JKO ni macam lenyap je. LEMAU. masih dalam mood cuti-cuti Malaysia sebenarnya. ;)



dah tiga hari meeting siang malam, dari 30 hb disember 2011 , sampai 2hb januari 2012, dan esok 3 hb Januari 2012, bermulalah tugas aku dan rakan-rakan. mujur, perasaan excited aku dah datang balik. :))) *hihihihi.. siaplah kau adik adik juniorrrrr... !! *ke aku yang akan disiapkan? hehek..




kemain seluar masuk dalam stoking youu~





with ain. kitorang kenal dari dalam fesbuk lagi. haha. xD
*mata aku pulak TAK macam POLAR BEAR,kann??






kenangan nihh. :)




perghh.. ni semua gambar aku masa orientasi sem lepas. kemain hijau warna topi sedondon dengan baju. jko nya garang-garang belaka. belom orientasi dengan JPP lagi kaki aku dah kejang. -.-'


sesi januari 2012 ni pulak? wait n see je lahh.
dengar kata baju diorang sama dengan kitorang. warna hijau. ehh, recycle ke ape nih??
HAHAHA :D

okeii. salam perkenalan junior semua.

Bye. Assalamualaikum.

#juniordisayangiseniordihormati#









DSLR.

Assalamualaikum. okei, just short entri kali nih. Sedang berkemas-kemas sebab esok nak balik hostel dah. Kemudian sebak. DSLR..?? okei,saya ada DSLR,cuma tak pernah tunjuk. in real life,mybe. tapi belum pernah tunjuk kat blog, dan  kat fesbuk macam orang lain. :) dan sekarang dalam dilema.should i bring it, or not? sad T__________T


Nak tinggalkan rasa sayang.  tengok je bodi dia, rasa nak peluk-peluk pulak. -.-' sebelum ni tak pernah pun. adalah dalam dua bulan kami bersama. masih banyak yang perlu diterokai. ilmu kamera aku masih seciput. nak tengok kamera saya tuh? kejap saya upload.


.
.
.
.
.
.
.
.
.
.              
.
.
.
.
.
.
.
.


awesome. :)







unic  :)



errr.. besar gedabak sangat ke saya tunjuk nih? macam riak pulak dah. berdosa nanti. maafkan saya, saya tak berniat macam tu sekali. humm..saya punya yang macam atas tu. warna merah. cantik tak? kalau cakap tak cantik pun takpe, bukan saya tahu punn.. yang biru ni pula jumpa kat google tadi. tak sangka pulak ada warna biru. tak pernah nampak pun orang lain pakai.. korang? apepun, nampak cantik kan? gorgeous je tengok.


siapa yg follow blog irene nadia, perasan tak kamera warna pink? uhh.. cantik jugak. menawan!! apepun, bersyukur dengan apa yang ada. jangan tamak lah..  *cakap dgn diri sendiri.hihi.. InsyaAllah,tahun 2012 dan tahun 1433 hijrah ni aku akan lakukan yang lebih baik dari tahun sebelum ni. :) begitu juga dalam bidang fotografi. doakan saya. :)


baii, salam sayang semua. <3
Assalamulaikum. :)

LELAKI ni pandang yang CANTIK je.. betul ke? dah tu PEREMPUAN ??

Assalamualaikum. Wahh, tajuk macam nak provok je,kan? Macam nak cari gaduh dgn kaum lagi satu je..?Apa cerr..? Okei, berbalik pada tajuk, korang setuju tak yang orang laki ni kalau nak cari GIRLFRIEND NAK YANG CANTIK JER..? ada sesetengah tu nak BERKAWAN DENGAN YANG CANTIK JER.. betul ke? ada yang panas hati ke? takut kena saman pulak nanti. haha. i mana lah ada duit nak bayar u~


biasalah, kalau nak diikutkan, lelaki mana yang tak suka ushar perempuan cantik,kan? begitu juga sebaliknya, perempuan mana yang tak suka pandang lelaki kacak,kann..? lelaki,perempuan fitrah nya sama je. suka pada sesuatu yang ada keindahan. okei, adil kan? kita bicara tentang kedua-dua jantina sekali. :) tak adil pulak nak cakap tentang orang lelaki je kalau perempuan pun begitu, rite?


dan aku juga tak terkecuali. bila nak pilih pasangan, aku lebih suka pada lelaki yang bila aku pandang, SEJUK JE HATI ni. berbeza okei. tak perlu yang kacak,tampan dan so onn.yang penting ada budi bahasanya, ada hormatnya, ada kasihnya, ada agamanya. :') kalau fizikalnya, biarlah yang kemudian. dalamannya yang perlu dilihat dulu. <----- *promote ciri lelaki idaman nampak? haha..


TAK PERLU NAK MELETAKKAN CANTIK,BERGAYA,COMEL,LAWA,HENSEM,KACAK, JAMBU,TAMPAN,HOT,KIUT,MIUT, dan sebagainya sebagai KRITERIA UTAMA korang dalam memilih pasangan. ehh kemonn lah, HATI,BUDI BAHASA come first, okeii :) apa yang dicari dengan kecantikan luaran semata jika dalamannya tidak secantik yang diimpikan? *thinking thinking.


Alkesahnya. aku nak sharekan situasi yang berlaku pada aku,satu ketika dulu. takdelah lama sangat, dalam tahun ni jugak. aku tak letak gambar profile picture aku yang sebenar dekat fesbuk. Aku letak gambar doraemon lah, popeye lah, kucing lahh. gamba-gambar aku telah di hide kan. aku ada berkawan secara maya dengan beberapa orang lelaki nih. just kawan okei. just dorang share kan citer dorang, problem dorang, gf dorang, dan anything lahh. diorang tak pernah pun tanya pasal aku. lebih kepada perkongsian cerita tentang diorang je, bukan tentang aku.


dan satu hari tu, aku tukar lah gambar aku kepada yang asal, yang real. suddenly, lelaki lelaki nih, mereka mereka nih, muncul dan chatt dengan aku. like.. "eh awak ni cantik lah, kenapa awak tak letak gambar awak yang sebenar before this? awak ni lawalah, awak jadi gf saya lahh, awak couple dengan saya nak..? " n more.. dan disitu aku rasa sangat annoyying, okei ! dari situ aku dah boleh nilaikan kejujuran diorang.


same as girl.. ada sebahagian girl tu ramai terlalu mementingkan paras lelaki. ihhhhh.. kemonn lah. yang luaran tu cuma sementara je.. trust me, bebeh~ kalau aku baca blog sebahagian remaja perempuan nih, ada yang stori like  " i tak suka bila laki tuh duk tegur i kat chatt. i tengok dia tu biasa je. TAKDE KELASS~ then one day bile we meet, ouh myy.. he's very hndsome!"  tup tup tang tu jugak sudi jadi gf. =.=!


satu yang aku pelik, korang yang diterima, yang diingini oleh pasangan korang sebab korang cantik,hensem, tak rasa semacam ke? tak sedih? ke bangga? lets imagine if one day kecantikan@ketampanan korang hilang, what will happend? *thinking :)


Aku bukanlah bermaksud Heiiiii, JANGAN BERCINTA DENGAN ORANG YANG KACAK DAN CANTIK ni. diorang ni ba wau alif ya alif  (buaya) jerr.. bukan sampai macam tu sekali. nanti susahla stok stok kacak dan cantik tak laku laku lahh pulak,kan? haha. kacak dan cantik itu perlu, tapi biarlah ianya sejajar dengan budi pekerti yang tinggi nilainya. :) kan?


okeilah. sampai sini dulu. nanti saya updates entri baru lagi, okei. :)
btw, sedap tak lagu blog ni? mulanya bukan lagu pilihan, tapi sekali dengar hati berkenan.


#kurangcantiktapiadabudinyaadaakhlak,tautanhatiakanmenjadilebihindah#




thans sayang sebab sudi singgah.
sayang awak semua. <3
Assalamualaikum. :)

wordless this day. xD











<3

Laii, laii. Belajar bahasa kerbau.

Assalamualaikum n salam sejahtera olls.. ;)
Belajar bahasa kerbau? betul kah? yup,yup..
kali ni kita akan belajar bahasa kerbau okeii.
haa.. suka tak? suka tak? sukaa lettuwww~ kan kan?? xD
okei, lets we start it.

HAIH~    haa.. ape tu? mengeluh ke? tak, tak.. HAIH ni maksudnya ialah MENYURUH KERBAU BERJALAN.. lepas ni boleh la praktik kat member korang.. lol..!


CHAH! CHAH! CHAH! haa.. ape pulak minah ni ngarutt? haha.. rilekk rilekk.. CHAH ni maksudnya MENGARAH KERBAU  KE KANAN. hahaha.


SOK! SOK!  dan bila esokk kita kan bertemu kembaliiii~ perghhh sumbangseh betul! haha.. haa.., SOK ni pulak maksudnya MENYURUH KERBAU KE KIRI. hihihi


DIAM~ haa.. senang je tuh, maksudnye diam@senyap la kann? ehh.. TAK, okeiii~ maksudnye ialah BERHENTI.. hehehe.. cer try naik kereta suruh ayah korang berenti korang cakap "diam, abah! diam! abah diammmm. saya nak terkucil nihh..!!" haa.. memang sah-sah abah korang buat muka bengis sebab korang berani berani jerr sohh dia diam ehh. haha.. :D


SEROT.. SEROT.. apa tu? bunyi macam sedut air je.. ke bunyi macam korang sedut cendoi@hingus?? hahaha... SEROT ni pulak maksudnya ialah MENYURUH KERBAU UNDUR KE BELAKANG.. :) hihihi..



ini adalah dua ekor lembu, bukan kerbau taw adik adik sekalian.. :) diorang ni bercinta. huahaha.
 yang belakang tu ialah gunung kriang, muzium padi dan pusat sains negara cawangan utara.

persoalannya sekarang..  jeng jeng jeng.. bagaimanakah aku boleh berbahasa kerbau? adakah aku berkawan dengan seekor kerbau? tidor,makan dan bermain bersama kerbau? jawapannya.. tepat sekali SALAH.. hihi..
sebenarnya aku dapat informasi bahasa kerbau ni di muzium padi di Kedah nunn.. dekat je dengan rumah makcik aku.. dalam lima minit naik kereta sampai lahh.. :)


okei lah sayang, selamat mempraktikkan bahasa kerbau okei.. :) hehehe..

#rendangdagingkerbausedap#

thanks for reading,love yarrr.. 

muahh <3