huii..buntuti aq yer?

Jom Blogwalking Kisah Ramadhan..



Assalamualaikum.. :) dah lama tak menaip,gigil-gigil tangan. kehkehkeh.. :) Selamat menyambut bulan Ramadhan semua. Sedang blogwalking dan singgah di blog akak Zara tadi,nampak beliau join segmen sebuah blog ni.. Akak Zara memang aktif join segmen tau,bukan macam saya,pemalas. Hehe.. Lantas saya pun follow sekali blog P.C.L ni dan join segmen yang beliau ada kan. Alang-alang dah lama tak menaip,hee.. jom kita baca sama-sama kisah Ramadhan ambo ni.. :)



Bulan Ramadhan yang aku rindui,semasa aku berpuasa sebulan di kampung opah dan atuk di Kampung Gajah,Perak. Masa tu usia aku 8 tahun. Masa tu pak cik ku,Pak Cho dan anak isterinya menumpang di rumah opah dan atuk. Jadi,masa mula ditinggalkan emak dengan abah kat kampung,sedih juga tapi sekejap je. Maklumlah,ada geng..hehehe.. Seronoknya berpuasa masa tu,aku dapat berkenalan dengan kawan-kawan baru di kampung. Sekitar 10 orang,berbagai ragam.



Seronoknya Ramadhan masa tu,aku belajar berbagai permainan istimewa yang aku belum  jumpa di tempat lain,selain bermain mercun yang super duper terhangat masa tu. Thunderclap,mercun roket,mercun naga,mercun ketupat,mercun bola,mercun gasing,dan yang sweet-sweet,main bunga api lahh.. haha.. yang moden sikit,bunga api ada bintang,dan cahaya warna-warni. Tapi,selain mercun yang dibeli ni,diorang mengajar aku banyak lagi permainan yang dibuat sendiri,yang kreatif yang memikat hati.



First yang diorang ajar,sediakan tempurung kelapa. Kat kampung masa tu memang bersepah lah tempurung kelapa. Kemudian,ambil lilin kat gobok mak-opah kita tu,nyalakan dan biarkan mencair dalam tempurung tu hampir separuh.Kan cair lilin tu masih panas lembik-lembik gitu,ambil lidi,ranting,kayu dan apa-apa yang sesuai,cucukkan daun kering kat ranting tu kemudian cucukkan ranting tu dalam tempurung. sekeliling ranting tu cucukkan pulak dengan batang mancis. Malam tu,lepas orang-orang tua pergi surau,kami pun berkumpul. Anak-anak mancis dalam tempurung pun dinyalakan dan tempurung dilepaskan ke dalam parit. 



Sangat fantastik,bombastik dan wonderful pemandangan di hadapan aku masa tu. Macam kapal layar mini,tempurung tu beralun dalam parit. Bercahaya indah,memikat hati. Dan selain tempurung kelapa tu,mana yang tak dapat cari tempurung kelapa,kami guna kulit rambutan je! Petik buah rambutan,kokak kulit bahagian atas tu bagi nampak macam kelongsong,keluarkan isi dia,makan, lepas tu cairkan lilin dalam kelongsong rambutan tu,cucuk anak mancis dan nyalakan. Lepaskan dalam air. Wahhhh~ menarik sangat.



Selain dua perkara yang diorang ajar,ada satu lagi yang menarik. Dengan menggunakan tong,masa tu kami dapatkan tong biskut,tong milo,tin susu yang dah kosong laaaa kalau ada isi mahu kena marah nanti. Masing-masing pegang paku dan penukul@batu.. kami ketuk paku tu pada tong kosong tersebut. Ketuk je la sesuka hati,buat lobang pada tin atau tong tu.. ada yang kreatif,hasilkan lobang membentuk corak bunga. Lagi banyak lobang lagi bagus. Masa depa ajar tu,memang teruja lah. Tertanya-tanya apa lah yang diorang nak buat ni. Dah puas hati dengan lobang yang dihasilkan,kami ikat tong dan tin tersebut dengan dawai,membentuk pemegang. Lepas tu masukkan lilin dalam tong dengan cara membaringkan tong.



Menjelang malam lepas aje solat maghrib,kami pakat jumpa ramai-ramai. Lilin dinyalakan,dan wahhhh~ cahaya keluar dari celah-celah lobang tu. Hebat betul 'torchlight' buatan anak-anak kampung opah-atuk ni. Memang ceria sungguh hidup aku masa berpuasa zaman kanak-kanak ketika di kampung opah. Dan satu lagi cerita yang menarik hendak aku kongsikan ialah,waktu siang kami yang perempuan selalu berkumpul. Main masak-masaklah,mak andam lah. Ada satu hari tu,diorang main cuci-cuci rambut. Diorang petik buah limau purut,rambut aku jadi mangsa. Dicucinya rambut aku dengan limau macam guna syampu,diurut-urut dan bila air limau tu mengalir di tepi pipi aku,apa lagi.. slurrpppp masuk mulut..masam tapi sedap.. tak puasa lah kiranya.. hahaha.. ambil kesempatan betul.. kehkehkeh..




Itu lah sedikit sebanyak kisah ramadhan aku semasa kecil yang aku rindui sehingga kini. Apa tak nya,10 orang kawan-kawan ku yang lain itu pun entah ke mana perginya. Agaknya dia orang masih ingat aku atau tidak eh?Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan izinkan patik menempek gambar raya patik bersama sepupu sepapat suatu ketika dahulu.Saja buat feeling-feeling hari raya. hehe..






p/s : Nanti dah kahwin dan ada anak,nak ajar anak buat 'kapal layar' bercahaya dan 'torchlight' sendiri lah. Heeeee ;)



15 comments:

  1. Wow bestnya jadi anak kampung..Kampung Girl memang banyak pengalaman manis, kanak yg lahir di kampung zaman sekarang ni pon tak dapat rasa macam mana betul2 kehidupan yg di katakan orang kampung yg sebenar...masa merubah segalanya.
    Anak2 remaja khususnya pembaca yg lahir era melinium ni boleh la baca dari tulisan pengalaman orang sebelumnya. Terima kasih berkongsi dalam segmen pcl kali ni. pcl sanagat menghargainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekaseh juga pcl kerana kongsi entri bini popeye ni.. pcl mesti lagi banyak pengalaman menarik.. kan kan??

      Delete
  2. hee..bleh tahan kratif jgk ye..biasala kisah budak2 dulu..=D

    ReplyDelete
  3. mama datang dari segmen pcl juga...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thankz mama.. comel blog mama.. sweet2 gitu

      Delete
  4. seronok jugak ye...datang dari blog PCL...salam kenal ye

    ReplyDelete
  5. Salam kenal, dari blog pcl juga. Bestnyer, kreatif :).

    ReplyDelete
  6. singgah dr blog PCL:)
    mmmg menarik bila beraya di kampung.
    boleh try ni nnti tempurung kelapa tu..
    hehe..
    x pnah lak main time bdk2 dulu.

    ReplyDelete
  7. Kreatifnya. Jadi anak kampung membesar kat kampung atau balik sekjap2 ke kampung pasti ada nostalgia tersendiri.

    ReplyDelete
  8. mekaseh semua yg komen.. :) yup,seronok sangat beraya di kampung dan zaman kanak-kanak dulu.. susah kanak-kanak sekarang nak merasa feeling raya mcm dulu-dulu lagi.. :')

    ReplyDelete
  9. salam kenal.. seronoknya berpuasa ketika kecil dulukan? mesti senyum sorang2 bila teringat balik..
    p.s: datang dari blog PCL.. singgah&follow di sini.. :D

    ReplyDelete
  10. duk kampung mmg adventure!
    sukeee...lame dah xmcm ni..yela, dah besar mcm mne nk p ngail ikan kt lubuk ..hahaha

    nice one!

    ReplyDelete