Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ya,aku sedar dah lama aku menghilangkan diri dari arena penulisan blog ni.. Kesibukan yang melanda di samping perasaan malas nak menaip sedar tak sedar dah 5 bulan aku tak updates entri terbaru.. Kali terakhir entri aku pasal blogwalking yang dianjurkan PCikLie (boleh klik sini-
Kisah Ramadhan). Sekarang aku tengah cuti semester, tapi still ada assignment dan baru ja siap dalam pukul 2 tadi. Yihaaa.. baru lah ada mood nak menaip. :) tapi korang jangan salah faham, walau tak menulis,tapi aku still blogwalking blog blogger sekalian tau. siyes tak tipu.
Terasa nak cerita apa yang di lakukan sepanjang 5 bulan ni. Seingat aku hampir 3 tahun aku belajar,tak pernah aku mention tentang kisah hidup aku di kolej. Terasa-rasa nak cerita pula. Mungkin gambar lebih banyak berbanding apa yang nak ditulis. So,jom kita chekidout sama-sama okei. :) Baiklah, awal bulan Julai, aku telah berada di Pasir Mas, Kelantan untuk menjalani praktikal selama setahun di sini. Antara aktiviti yang aku dan rakan-rakan lakukan semasa di sini ialah ke negeri jelapang padi untuk attach di Pelabuhan dan Lapangan Terbang Langkawi, ke Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, ke Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Burung, Jeli, dan banyak lagi.
|
Taraa.. ini lah uniform kami. Hanya sempat bergambar berlatar belakangkan dataran lang je. |
Seterusnya kami juga diberi peluang untuk menaiki kapal Starcruise. Sungguh,tak main-main ni.
|
Starcruise yang baru tiba di Pelabuhan Awana Porto Malai. |
|
Bergambar di depan Kapal Starcruise Virgo. Ada macam ahli kapal tak?
|
Gambar atas ni diambil sejurus je kami turun dari Starcruise. Sungguh,kami naik kapal ni dan ronda-ronda dalam tu. Ada lah feeling-feeling macam cerita titanic tu kononnya. ceyhh..
|
Di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Pemeriksaan Kargo kontena ikan laut. |
|
Di Pulau Burung,Pulau Pinang- tempat pelupusan sampah. Nampak tak sampah belakang tuh? Bau?Jangan cerita lah.. :) |
|
Cuba teka di mana? Haa.. kami dengan bas sekali naik atas feri Pulau Pinang nak ke Bukit Bendera. |
|
Okei,dah sampai di Bukit Bendera. Yang belakang tu pilot kami, Abang Lan. Yang ni tiada kaitan dengan aktiviti praktikal kami pun,just saja2 makan angin memandangkan aktiviti kami dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai kansel waktu petang ni. |
|
Aktiviti pengasapan kabus atau dikenali sebagai fogging di sebuah kampung yang salah seorang penduduknya menghidap demam denggi.
|
|
Di sebuah kampung di daerah Jeli untuk aktiviti pengambilan slaid darah Malaria. Whoahhh..
|
|
Dalam perjalanan ke wad Hospital Pasir Mas untuk menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester. |
|
Persembahan tarian 7 langkah cuci tangan yang betul sempena aktiviti promosi Kempen Kesedaran Penyakit Tangan Kaki dan Mulut. Siap rentak lagu hindustan lagi. Layannnn.. >.<
|
|
Last,but not least.. bergambar bersama puan mimi fazah untuk kenangan semasa beliau hadir penilaian formatif kami. kemain hengkauuu aku menarik tangan puan mimi. nasib baik beliau sportinggg.. :) hihi
|
Hah,rasanya cukup lah setakat ni. Kalau diikutkan banyak lagi aktiviti yang kami buat tapi tak dinyatakan mahupun ditepek di sini. Sejujurnya,semua ni belas ihsan kamera kawan-kawan lain. Aku pakai henfon torchlight je. Hehe.. By the way, ada tak yang tertanya-tanya aku ni belajar apa sebenarnya?macam-macam dan pelik-pelik je aktiviti nya. Disko pun kami masuk tau ! Hah,ada tak yang nak tanya atau korang memang dah dapat teka bakal pekerjaan ku nanti? *senyum-senyum.. ;)
Okei lah, sampai di sini dulu. Terima kasih kerana sudi membaca,semoga terhibur. Rindu korang. Muaahh :*
0 comments:
Post a Comment