huii..buntuti aq yer?

SPM kami teruk? Kami tak layak masuk U? kami under SPA..so?



Assalamualaikum.. dua minggu yang lalu aku ternampak di newsfeed FB, tentang seseorang yang mempertikaikan tentang kelayakan pengambilan pelatih KKM. Apa agaknya yang membuatkan saudara ni terlalu lantang bersuara? senangnya dia menuduh pemegang diploma lepasan KKM ni MEMPUNYAI LATARBELAKANG SPM YANG TERUK?? hah hah hah. serius kau buat kelakar la sedara. Mari kita sama-sama tengok contoh yang aku bagi ni, bukan nak membangga diri, tapi kadang-kadang kebenaran tu perlu ditunjukkan nak-nak orang macam kau. Kau kata SPM kami teruk? Aku masuk sini pun dengan berbekalkan result SPM aku 6A 2B. Ouh,memang tak lah sehebat mana. Mungkin SPM sedara dapat straight As agaknya. Buat pengetahuan sedara, rata-rata kawan aku disini dapat 8A dalam PMR dan SPM pulak 4A keatas.




KAMI HANYA LAYAK KE KOLEJ KKM SEBAB TAK LAYAK MASUK UNIVERSITI??sedara,ini sangat-sangat lah satu keAIBan buat kami. Aku dulu pun setahun belajar di UTeM sebelum masuk ke kolej ni. Kebanyakan kawan-kawan aku semuanya dari IPTA sebelum nekad hijrah ke mari. UITM, USIM, UKM, UTM,  UPM, MATRIK, POLI... yang dah genggam diploma pun ada. yang buat ijazah pun ada. mula-mula masuk dulu,aku jumpa ramai kawan yang dipaksa masuk ke sini oleh family diorang sebelum akhirnya diorang jatuh cinta di sini. Aku ingat lagi seorang kawan laki aku, H yang berkongsi cerita dengan aku. Katanya,dia dipaksa oleh ayah dia untuk ke Kolej KKM ni. Sedangkan di tempat pengajian lamanya dalam bidang kimia dua sem berturut-turut dia dapat pointer 3.8 ke atas. jadi, jangan lah sedara memandai-mandai mereka cerita. Panas hati kami walaupun sekarang ni musim tengkujuh. haha.






kalau sedara kata kami belajar di sini sangat senang, rasanya dari kami sem 1 selalu sebut susah,susah dan susah. dan saya sendiri, pegang pada kata-kata orang-orang tua diluar sana, belajar tak ada yang senang. kecuali berusaha. macam kos yang saya ambil, semester 1 je kami ade 8 subjek. Universiti ade ke sampai 8 subjek untuk sem pertama?? memang kami belajar lebih berorientasikan pekerjaan,tapi kalau sedara kata tiada akademik,itu adalah sangat mengarut. fizik, kimia, mikrobiologi, statistik... ah,perlu ke disebut semua?apepun sedara.. ini lah rezeki kami,dapat masuk ke sini. mari saudara mencuba 'kasut' kami sebelum sedara terus lantang bersuara. atau.. mungkin adik beradik sedara boleh masuk ke sini lalu membuka cerita keadaan sebenarnya...? ouh ya,dengarnya permohonan tak diterima,mungkin itu faktor sedara menghentam kromo. takpe, permohonan untuk ke SPA tiada batasan had nya,jadi teruskan mencuba ye? :)


Maaf dari sudut hati saya sekiranya biadab dirasa. Hanya ingin difahami situasinya. Maaf,ya? :)


Assalamualaikum.

0 comments:

Post a Comment