huii..buntuti aq yer?

SPM kami teruk? Kami tak layak masuk U? kami under SPA..so?



Assalamualaikum.. dua minggu yang lalu aku ternampak di newsfeed FB, tentang seseorang yang mempertikaikan tentang kelayakan pengambilan pelatih KKM. Apa agaknya yang membuatkan saudara ni terlalu lantang bersuara? senangnya dia menuduh pemegang diploma lepasan KKM ni MEMPUNYAI LATARBELAKANG SPM YANG TERUK?? hah hah hah. serius kau buat kelakar la sedara. Mari kita sama-sama tengok contoh yang aku bagi ni, bukan nak membangga diri, tapi kadang-kadang kebenaran tu perlu ditunjukkan nak-nak orang macam kau. Kau kata SPM kami teruk? Aku masuk sini pun dengan berbekalkan result SPM aku 6A 2B. Ouh,memang tak lah sehebat mana. Mungkin SPM sedara dapat straight As agaknya. Buat pengetahuan sedara, rata-rata kawan aku disini dapat 8A dalam PMR dan SPM pulak 4A keatas.




KAMI HANYA LAYAK KE KOLEJ KKM SEBAB TAK LAYAK MASUK UNIVERSITI??sedara,ini sangat-sangat lah satu keAIBan buat kami. Aku dulu pun setahun belajar di UTeM sebelum masuk ke kolej ni. Kebanyakan kawan-kawan aku semuanya dari IPTA sebelum nekad hijrah ke mari. UITM, USIM, UKM, UTM,  UPM, MATRIK, POLI... yang dah genggam diploma pun ada. yang buat ijazah pun ada. mula-mula masuk dulu,aku jumpa ramai kawan yang dipaksa masuk ke sini oleh family diorang sebelum akhirnya diorang jatuh cinta di sini. Aku ingat lagi seorang kawan laki aku, H yang berkongsi cerita dengan aku. Katanya,dia dipaksa oleh ayah dia untuk ke Kolej KKM ni. Sedangkan di tempat pengajian lamanya dalam bidang kimia dua sem berturut-turut dia dapat pointer 3.8 ke atas. jadi, jangan lah sedara memandai-mandai mereka cerita. Panas hati kami walaupun sekarang ni musim tengkujuh. haha.






kalau sedara kata kami belajar di sini sangat senang, rasanya dari kami sem 1 selalu sebut susah,susah dan susah. dan saya sendiri, pegang pada kata-kata orang-orang tua diluar sana, belajar tak ada yang senang. kecuali berusaha. macam kos yang saya ambil, semester 1 je kami ade 8 subjek. Universiti ade ke sampai 8 subjek untuk sem pertama?? memang kami belajar lebih berorientasikan pekerjaan,tapi kalau sedara kata tiada akademik,itu adalah sangat mengarut. fizik, kimia, mikrobiologi, statistik... ah,perlu ke disebut semua?apepun sedara.. ini lah rezeki kami,dapat masuk ke sini. mari saudara mencuba 'kasut' kami sebelum sedara terus lantang bersuara. atau.. mungkin adik beradik sedara boleh masuk ke sini lalu membuka cerita keadaan sebenarnya...? ouh ya,dengarnya permohonan tak diterima,mungkin itu faktor sedara menghentam kromo. takpe, permohonan untuk ke SPA tiada batasan had nya,jadi teruskan mencuba ye? :)


Maaf dari sudut hati saya sekiranya biadab dirasa. Hanya ingin difahami situasinya. Maaf,ya? :)


Assalamualaikum.

Sepanjang 5 bulan ini..




Assalamualaikum dan salam sejahtera.. Ya,aku sedar dah lama aku menghilangkan diri dari arena penulisan blog ni.. Kesibukan yang melanda di samping perasaan malas nak menaip sedar tak sedar dah 5 bulan aku tak updates entri terbaru.. Kali terakhir entri aku pasal blogwalking yang dianjurkan PCikLie  (boleh klik sini- Kisah Ramadhan). Sekarang aku tengah cuti semester, tapi still ada assignment dan baru ja siap dalam pukul 2 tadi. Yihaaa.. baru lah ada mood nak menaip. :) tapi korang jangan salah faham, walau tak menulis,tapi aku still blogwalking blog blogger sekalian tau. siyes tak tipu.



Terasa nak cerita apa yang di lakukan sepanjang 5 bulan ni. Seingat aku hampir 3 tahun aku belajar,tak pernah aku mention tentang kisah hidup aku di kolej. Terasa-rasa nak cerita pula. Mungkin gambar lebih banyak berbanding apa yang nak ditulis. So,jom kita chekidout sama-sama okei. :) Baiklah, awal bulan Julai, aku telah berada di Pasir Mas, Kelantan untuk menjalani praktikal selama setahun di sini. Antara aktiviti yang aku dan rakan-rakan lakukan semasa di sini ialah ke negeri jelapang padi untuk attach di Pelabuhan dan Lapangan Terbang Langkawi, ke Pintu Masuk Bukit Kayu Hitam, ke Majlis Perbandaran Seberang Perai, Pulau Burung, Jeli, dan banyak lagi.



Taraa.. ini lah uniform kami. Hanya sempat bergambar berlatar belakangkan dataran lang je. 


Seterusnya kami juga diberi peluang untuk menaiki kapal Starcruise. Sungguh,tak main-main ni.



Starcruise yang baru tiba di Pelabuhan Awana Porto Malai.



Bergambar di depan Kapal Starcruise Virgo. Ada macam ahli kapal tak?

Gambar atas ni diambil sejurus je kami turun dari Starcruise. Sungguh,kami naik kapal ni dan ronda-ronda dalam tu. Ada lah feeling-feeling macam cerita titanic tu kononnya. ceyhh..



Di pintu masuk Bukit Kayu Hitam. Pemeriksaan Kargo kontena ikan laut.



Di Pulau Burung,Pulau Pinang- tempat pelupusan sampah. Nampak tak sampah belakang tuh? Bau?Jangan cerita lah.. :)




Cuba teka di mana? Haa.. kami dengan bas sekali naik atas feri Pulau Pinang nak ke Bukit Bendera. 





Okei,dah sampai di Bukit Bendera. Yang belakang tu pilot kami, Abang Lan. Yang ni tiada kaitan dengan aktiviti praktikal kami pun,just saja2 makan angin memandangkan aktiviti kami dengan Majlis Perbandaran Seberang Perai kansel waktu petang ni.





Aktiviti pengasapan kabus atau dikenali sebagai fogging di sebuah kampung yang salah seorang penduduknya menghidap demam denggi.




Di sebuah kampung di daerah Jeli untuk aktiviti pengambilan slaid darah Malaria. Whoahhh..




Dalam perjalanan ke wad Hospital Pasir Mas untuk menduduki Peperiksaan Pertengahan Semester.
                                    



Persembahan tarian 7 langkah cuci tangan yang betul sempena aktiviti promosi Kempen Kesedaran Penyakit Tangan Kaki dan Mulut. Siap rentak lagu hindustan lagi. Layannnn.. >.<




Last,but not least.. bergambar bersama puan mimi fazah untuk kenangan semasa beliau hadir penilaian formatif kami. kemain hengkauuu aku menarik tangan puan mimi. nasib baik beliau sportinggg.. :) hihi


Hah,rasanya cukup lah setakat ni. Kalau diikutkan banyak lagi aktiviti yang kami buat tapi tak dinyatakan mahupun ditepek di sini. Sejujurnya,semua ni belas ihsan kamera kawan-kawan lain. Aku pakai henfon torchlight je. Hehe.. By the way, ada tak yang tertanya-tanya aku ni belajar apa sebenarnya?macam-macam dan pelik-pelik je aktiviti nya. Disko pun kami masuk tau ! Hah,ada tak yang nak tanya atau korang memang dah dapat teka bakal pekerjaan ku nanti? *senyum-senyum.. ;)



Okei lah, sampai di sini dulu. Terima kasih kerana sudi membaca,semoga terhibur. Rindu korang. Muaahh :*