huii..buntuti aq yer?

kek cokelat kukus.


Assalamualaikum. huhu.. lamanya aku tak menaip. Al-maklum lah kesibukan dan kemalasan yang melebihi ketinggian gunung Everest.haha.. tak payahla bagi introduction panjang-panjang ek,terus jelah ke perincian yang sebenar-benarnye. lagipun hari dah malam,esok pagi nak bangun awal, ouh yeahh i have trip to kelantan. first time,ahakss.. :) meh dekat-dekat, rapat-rapat,jemput tengok gambar yang bakal dipersembahkan di bawah ini. taraaa~




kek cokelat kukus yang lembut dan gebu tapi sedikit pahit topingnye. :p





sedap tak?menggairahkan tak?wahahei~ bahasa apakah yang telah aku gunakan? hehe.. okei,now i'll tell u how to make the chocolate kukus cake. *haram jadah la broken inggeris aku pakai ni,janji makcik pakcik sekalian faham sudah la kan~ ;)


Bahan-bahan
1.Tepung gandum  -> 2 cawan
2.Serbuk koko  -> 1 cawan
3.Baking powder  -> 1 camca
4.Soda bikarbonat   -> 1 camca
5.Gula castor  -> 1 cawan
6.Susu pekat manis  -> 1 cawan
7.Minyak masak  -> 1 cawan
8.Telur ayam  -> 2 biji
9.Air panas mendidih  -> 1 cawan


Arahan ringkas
1. Ayak bahan 1,2,3,dan 4 bersama dalam satu loyang atau mangkuk besar atau besen ikut sukahati korang waima baldi pun boleh. Kemudian masukkan bahan 5 iaitu gula kastor yerr..
2. Blander bersama bahan 6,7 dan 8 lebih kurang 10 minit. Jangan blander direct je non-stop takut hangit nanti okeiii mak enonn.Setelah itu campurkan dengan bahan yang telah diayak tadi.Kacau hingga sebati.
3. Masukkan pula air panas yang mendidih tadi dan kacau lagi dan lagi dan lagi.
4. Akhir sekali boolehla masukkan adunan ke dalam loyang dan dikukus selama 45 minit. Lebih afdal jika loyang anda berukuran 10" x 10".




emm emm nyummy~ jilat bibir temngok gamba ni. ahakss..




okeilah,sampai disini dulu. salam sayang untuk korang semua.selamat berhujung minggu dan rajin-rajinkan diri cuba resepi yang aku kongsikan ni. tak rugi,untuk isteri-isteri tu,rajin-rajinkan diri buat dan bagi suami makan,insyaAllah makin terpikat,makin sayang. salam semanis kurma..haha~ *what the aku nihh?



Assalamualaikum. love, <3

1 comment: