Assalamualaikum. woahh. lama dah tak menaip. sihat? humm.. seronok nya dapat cuti 4 hari. tapi hati pedih sikitlah sebab kena dengar bebelan nenek aku kat rumah ni.. haii~~ CINTA SEMUSIM ? apakah? tajuk nak jiwa-jiwa je kan? hehe. layan kan je lah eh u olls..
sekarang ni mesti ramai yang tengah bercinta,kan. aku suppose entri aku kali ni untuk budak budak remaja macam aku lah. :) yang masih bergelar seorang student. TAK PERNAH bercinta..? iya ke?siyes ni..? *sambil mata mencerun pandang korang. hehe. tapi aku yakin daripada 10 orang pembaca blog aku, 8 daripadanya mesti pernah bercinta. kan?kan? tak kira lah korang budak sekolah ke, kolej ke, universiti ke, kerja ke, penganggur ke, mesti ada pengalaman punya. wiwiwiwiiiii~ budak sekolah rendah pun ade yang bercinta weiii~
kalau tak pernah bercinta pun, mesti korang pernah suka seseorang,kan?tak kisah la dah lama ke, 10 tahun lepas ke, atau mungkin sekarang ni korang tengah feeling feeling in love kut?haha.. tu kenapa pulak senyum senyum tu? ingat lawa? dah macam kerang busuk pulak aku tengok. hehe.. jadi aku nak tanya lah pada korang yang sedang bercinta ni, adakah si dia tu masih orang yang sama, masihkah pasangan korang yang korang bercinta dua or tiga tahun lepas?kalau masih orang yang sama, tahniah. korang bukanlah termasuk dalam pasangan cinta semusim ni. nak tips boleh? hehe
as korang pun tahu, (tak tahu pun takpe,kita belajar sama sama) kita ada EMPAT musim. musim bunga, musim panas, musim luruh dan musim sejuk.tapi kita kat Malaysia ni selalu duk sebut sebut musim buah kan. camne tu? kenapa tak termasuk dalam buku teks geografi tingkatan dua dulu,eh?konpius aku. mungkin kementerian pendidikan boleh pertimbangkan. hehe. oke,aku mengarut je. -.-
berdasarkan pengalaman dan juga kisah cinta orang lain, aku percaya cinta kita budak budak remaja ni cuma cinta semusim je. mula-mula berkenalan, berkawan semua bagai, then couple. masa couple, orang tu lah the best, orang tu lah paling cantik, paling baik, paling the boomm. tapi tak lama mana, mesti putus. couple, putus, couple, putus tu memang lumrah lah. akal tak matang lagi. tak kira lah budak sekolah ke, budak u ke, kolej ke.. aku pun tak terkecuali la. tettt~ couple 5,6 bulan putus ahh. ade sekali tu berteman tapi mesra setahun, pastu berpisah arr.. haha.
macam musim bunga lah. mula mula keluarkan putik,keluarkan pucuk. baru berkenalan kiranye. tiba masa, keluarlah bunga yang indah dan cantik. kembang mekar dan harum je. berwarna warni menawan hati. ni dah boleh diumpamakan macam saat saat sedang bercinta lah. hehe.. pandai pandai je aku. kalau boleh semua pasangan tak nak musim bunga ni berakhir. yelah, sebab indah,kan.. masa ni muka berseri seri je. orang kata dalam hati ada taman. hehe.. tapi jangan lupa, lepas musim bunga, musim luruh pula akan menyusul. daun daun dan bunga yang indah tu akan mula layu dan akhirnya gugur ke tanah. sama lah macam pasangan bercinta ni. mana yang tak bertahan tu, akan terputus di tengah jalan.
alkesahnya malam tadi aku duk blog walking, tengok ramai kawan aku yang sedang patah hati, yang baru lepas clash. mak aku pun sama duk blog walking whoii. dia komen : "biasalah cinta semusim.. tak kekal lama. tiap satu sem bercinta dengan orang lain" aiyakk~ agak terasa di situ. haha. ape tak nye, dulu aku pernah kapel dan tahan satu sem je. haha.. aku pikir pikir betul jugak cakap mak aku tu. macam kawan baik aku, tiga sem aku kenal dia, 3 kali dia cople n putus. huhu.. kesian. tapi dia yang sanggup macam tu. kalau tak sanggup hadapi kecewa dan perit nya putus cinta, jangan bercinta..!
apepun, cinta semusim ni memang tak lari dari kita remaja remaja ni. memang perit bila cinta yang diharapkan tak kesampaian. sakit lagi bila luka di hati tu ditambah cuka. sedikit sebanyak akan meninggalkan parut,kan? tapi percayalah, mesti ada hikmahnya. banyak lagi insan lain di muka bumi ni, bukan dia seorang je. kadang kadang kita akan dapat pasangan yang salah dulu sebelum kita dapat pasangan yang tepat. kenapa dapat pasangan yang salah dulu?kenapa tak dipermudahkan? sebabnye.. Tuhan nak kita pelajari sesuatu,sayang. dan percayalah. andai dia memang jodoh kita, dia akan kembali pada kita. ingat, cinta ni macam musim juga. seperti musim bunga. walaupun musim bunga akan berakhir, dia akan kembali semula pada tahun hadapan. jadi, kalau ada jodoh, adalah.. :) jangan bimbang ya sayang?
*adakah aku mengharapkan jodoh aku dengan ex-lama kembali semula? --> NONSENSE ! tak hingin aku. :))))) hahaha.
okeilah, aku berundur diri dulu. thankz for reading. :) mana silap dan salah tu, harap di maafkan. :)
bhaii. sayang korang! muahh sikit. heee >.<
assalamualaikum.