huii..buntuti aq yer?

time nak final,time tu nak contest.



Assalamualaikum. erhh~ tak tahu nak tulis ape. rase ringan je jari ni nak menaip luahan tentang hubungan dengan dia. tapi tak boleh. jadi, kena lah tahan. so kay.. :) ape khabar readers? ada baik tak? sekarang ni musim penyakit tiga serangkai. demam, batuk, selsema. Alhamdulillah.. aku pun baru baik demam. dah nak stat batuk pulak. terasa gatal je tekak ni. rase panas. hidung pun duk keluar hingus je. ahha,jadi yang belum dihidap penyakit ni,jaga kesihatan taw. yang sakit pulak,jangan merungut,ini kan sebahagian kecil ujian dari Tuhan. :)





lagi beberapa minggu je aku akan menduduki final exam. okey~ siyes takde persediaan langsung. huhuk.. sedih.. tak tahu kenapa payah sangat diri ni nak stadi. dalam kelas memang muka ni je lah yang selalu tidur. hahaks.. yang aku geram nih, kenapa masa ni lah baru aktiviti aktiviti kolej kian melambak?time time nak final exam pulak tu. tak masuk,kena denda lah. yang rugi kalau bakat tersia sia. heee.. cubalah cari timing yang sesuai sikit nak buat talent night dan sebagainya nih. okei,stop merungut. cuma nak share.. isnin malam 16hb april,aku join pertandingan koir. jadi seminggu dua ni sibuk berlatih la sampai sakit tekak. sampai pelajaran pun terabai. ceytttt~ alasan semata mata. hendak seribu daya,tak hendak seribu dalih,kan? hehe..





dalam minggu yang sama juga aku menjadi peserta pertandingan tilawah al-Quran.Mudah mudahan tak terlalu nerves,suara okei dan dapat mengaji dengan tenang dan baik. mudah-mudahan.. dah lama sangat tak masuk pertandingan tilawah. heeee >.< dan hari khamis 26 hb april pula aku akan bertanding dalam pertandingan pantun peringkat akhir di auditorium kolej. wahhh.. gembira. syukur sangat atas rezeki ni. terima kasih Tuhan. Pasukan pantun aku akan bertemu pasukan pantun dari kelas Al-Hambali. Mudahan berjalan dengan lancar semuanya.dah planning awal dah nih nak pakai baju ape masa pertandingan akhir tu. hehe. syukur.. syukur.. :') 





okeilah. sampai sini dulu. tekak makin gatal. batuk mula kedengaran.bye..Assalamualaikum. <3