huii..buntuti aq yer?

Manja. salahkah? seperti apa?

Assalamualaikum.
Manja. manja. manja. dan manja.
Bagi aku,istilah ni tak lepas dari kita.
Tak kesah la kita ni bayi lagi ke atau sudah dewasa, mungkin juga sudah tua, betul ke kita manja?
Tak kira jantina. Kau laki-laki ke, perempuan ke.. dan tak kira usia. gay, lesbo dia pon manja jugak.
ehh.. lebih baik jangan ada yg gay dan lesbo pulak kat sini. !!
Apa sebenarnya erti manja ni..?




Aku ingat lagi.
Masa aku sekolah rendah dulu, sekolah agama waktu petang.
Guru besarnya berada dihadapan, hari Isnin, di perhimpunan.
Dia cakap, "anak-anak, jangan manja"
"kata pada ibu, pada ayah.. saya tak nak manja manja lagi."
"jangan mintak itu ini. kalau nak nasi, amik sendiri."




Dan suatu hari, aku pulang menghabiskan cuti sekolah dikampung.
Kebetulan pak lang ku ada. dan dia melayan aku dengan manja sekali.
bukan manja yang ada-ada. tapi yang seadanya.
Hanya berbual mesra.
Begitu juga dengan pak uda. suka geletek aku hingga ketawa tiada suara.




Bila aku ceritakan pada seorang temanku.
"seronok cuti sekolah. pakcik aku layan aku dengan manja"
dan temanku, membalas mencebik bibirnya.
"tak malu! kan guru besar sudah cakap tak boleh manja manja"
dan aku terkelu. di usiaku 8 tahun tika itu.




Lama juga aku berfikir. Manja itu apa,ya?
Manja itu bagaimana?
Salah kah manja itu, jika ia menggamit bahagia.
Jika ia tidak menyusahkan sesiapa. ?
Dan semakin aku besar.aku sedar. manja itu tidak salah.
manja itu bukan hanya utk kanak kanak sahaja.
Manja itu tidak mengenal jantina.





Bermanjalah. selagi ia tidak menyusahkan sesiapa.
selagi ia tidak membebankan sesiapa.
selagi yang bermanja dan dimanja, sama sama merestuinya.
merasa bahagianya. merasa kasihnya.
selagi tidak mengingkari perintahnya. selagi tidak mengingkari hukumnya.
selagi tidak menentang fitrahnya. selagi yang memandang, tidak jelek melihatnya.





Dan.., duhai guru besarku..
Mungkin apa yang ingin disampaikan olehmu dahulu
Penyampaiannya tidak benar benar sampai kepadaku.
Terasa seperti ada satu soalan, yang sentiasa berlegar di benak fikiran ku.
Manja. manja. manja.
Seperti apakah yang dimaksudkan olehmu?






Sebenarnya.. ia bukan manja.
tapi mengada-ngada. itukan yang dimaksudkan olehmu?
:')



Menulis dari hati. hihi. thnkz sayang. Assalamualaikum.. :)
<3 u all..

#adakahsayaseorangyang manja#









2 comments: